awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu maut, dua parah insiden tren laju rempuh trak tentera di Perancis
Singapura jangka pertumbuhan ekonomi terjejas, inflasi tinggi susulan konflik Asia Barat - TPM Gan
Pendakwa mohon hukuman penjara 23 tahun terhadap bekas PM Korea Selatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DEWAN MELAYU anggotai Majlis Tindakan Ekonomi mulai hari ini

Hafizi Rosli
Hafizi Rosli
30/09/2021
03:49 MYT
DEWAN MELAYU anggotai Majlis Tindakan Ekonomi mulai hari ini
Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DEWAN MELAYU) kini diberi kepercayaan untuk menganggotai Majlis Tindakan Ekonomi berkuatkuasa hari ini. - Foto DEWAN MELAYU
KUALA LUMPUR: Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DEWAN MELAYU) kini diberi kepercayaan untuk menganggotai Majlis Tindakan Ekonomi berkuatkuasa hari ini.
Dalam satu kenyataan pada Khamis, DEWAN Melayu menyatakan komitmennya untuk memainkan peranannya sebaik mungkin terutamanya dalam memastikan Malaysia bebas daripada kegawatan ekonomi dan ancaman pandemik COVID-19.
Katanya, menerusi pelantikan ini adalah petanda baik kepada kesediaan kerajaan untuk mendengar dan mengambil pandangan pertubuhan bukan kerajaan seperti DEWAN MELAYU yang telah mewakili suara usahawan, badan ikhtisas dan orang Melayu semenjak 1938 lagi.
Pelantikan ini juga bagi DEWAN MELAYU dapat memacu ekonomi Bumiputera mengikut acuan serta halatuju yang dimuktamadkan dalam Majlis Tindakan Ekonomi nanti.
Pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri ismail Sabri Yaakob tempoh hari telah memberi jaminan untuk terus melindungi kedudukan dan memperkasa ekonomi Bumiputera.
DEWAN MELAYU turut menyeru pertubuhan-pertubuhan berteraskan ekonomi Melayu-Islam dan Bumiputera untuk tampil memberikan sumbang-saran agar muafakat yang lebih besar dapat dicapai.
Sumber Facebook dpmm.org.my
Topic Berkaitan
#DEWAN MELAYU
#ekonomi
#Bumiputera
#Majlis Tindakan Ekonomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan