awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu maut, dua parah insiden tren laju rempuh trak tentera di Perancis
Singapura jangka pertumbuhan ekonomi terjejas, inflasi tinggi susulan konflik Asia Barat - TPM Gan
Pendakwa mohon hukuman penjara 23 tahun terhadap bekas PM Korea Selatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ekonomi Thailand dijangka berkembang 3.5 hingga 4.0 peratus pada 2017

Bernama
Bernama
29/08/2017
15:07 MYT
Ekonomi Thailand dijangka berkembang 3.5 hingga 4.0 peratus pada 2017
PM Thailand menjangkakan eksport berkembang lima peratus tahun ini selepas sektor tersebut mencatatkan prestasi cemerlang dengan pertumbuhan dua digit pada Julai. - Gambar fail
Perdana Menteri Thailand, Jeneral Prayut Chan-o-cha yakinekonomi negara itu akan mencatat pertumbuhan positif dan menjangkakan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berkembang antara 3.5 peratus dan 4.0 peratus pada 2017.
Beliau turut menjangkakan eksport berkembang lima peratus tahun ini selepas sektor tersebut mencatatkan prestasi cemerlang dengan pertumbuhan dua digit pada Julai.
"Eksport pada Julai meningkat 10.5 peratus tahun ke tahun, dan kita menjangkakan pertumbuhan keseluruhan (eksport) pada lima peratus tahun ini," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan kabinet di sini, hari ini.
Perdana Menteri itu berkata, pertumbuhan kukuh eksport setakat ini pada 2017 dipacu, antara lain, oleh pembukaan pasaran baharu untuk pengeluar dan pengilang Thailand.
Beliau berkata, pelabur dan rakan dagang Thailand mementingkan kestabilan politik, dan mahu aspek itu berterusan demi kepentingan ekonomi Thailand.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bisnes
#ekonomi
#KDNK
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan