awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dataran Niaga Kampung Manjoi cerminan kerjasama jitu kerajaan dan rakyat
Tiga cedera dalam kejadian tembakan di sekolah di Songkhla, Thailand
Putera Mateen dan isteri kongsi gambar puteri sulung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EuroCham gesa komuniti perniagaan patuhi SOP, elak aktiviti ekonomi ditutup

Bernama
Bernama
24/01/2021
23:08 MYT
EuroCham gesa komuniti perniagaan patuhi SOP, elak aktiviti ekonomi ditutup
Petugas kesihatan menjalankan saringan COVID-19 terhadap peniaga pasar borong. - Foto fail
KUALA LUMPUR:Dewan Perniagaan dan Industri Kesatuan Eropah (EU)-Malaysia (EuroCham Malaysia) berkata komuniti perniagaan harus memandang serius terhadap laporan media mengenai kluster COVID-19 yang dikaitkan dengan kilang, tapak pembinaan dan kawasan tempat kerja lain.
"Apa yang penting, mereka (komuniti perniagaan) harus memainkan peranan mereka dengan melabur dalam bantuan sumber bagi melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) lebih ketat untuk mengelakkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepenuhnya yang akan mengakibatkan aktiviti ekonomi ditutup," kata Pengerusi EuroCham Malaysia, Oliver Roche.
Eurocham Malaysia yang ditugaskan sebagai pusat perhubungan utama bagi komuniti perniagaan Kesatuan Eropah (EU)-Malaysia telah bekerja rapat dengan kerajaan terutama Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sejak awal pandemik yang pada tahun 2020 sehingga kini.
Dalam satu kenyataan pada Ahad, Eurocham Malaysia merujuk kepada surat edaran dalamannya berhubung perbincangan tidak rasmi EuroCham Malaysia.
EuroCham Malaysia menjelaskan, ia dihantar kepada semua ahli bagi menyampaikan intipati tidak rasmi dan usaha kerajaan Malaysia untuk menangani COVID-19.
"Intipati perbincangan tidak rasmi itu bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang bagaimana komuniti perniagaan dapat memainkan peranan penting dalam meratakan keluk COVID-19 dan kesan ekonomi jika kita semua tidak memainkan peranan aktif.
"Surat itu yang telah mencetuskan kebimbangan pelbagai pihak itu berkali-kali menyatakan peranan semua pihak amat diperlukan untuk memutuskan rantaian pandemik," katanya.
Eurocham Malaysia menjelaskan bahawa penekanan MITI adalah merujuk kepada peningkatan kes jangkitan COVID-19 yang menuntut peranan semua bagaimanapun tidak disebut mengenai PKP sepenuhnya selepas 4 Februari, 2021.
"Sehubungan itu, kami berusaha supaya orang ramai kekal fokus, memainkan peranan bagi memastikan tidak berlaku PKP sepenuhnya sama seperti tahun lepas.
"Dalam masa yang mencabar ini, kami menghargai hubungan baik dengan kerajaan Malaysia, khususnya MITI dan kami berpendapat kerajaan telah melakukan yang terbaik dalam menangani pandemik itu sejak tahun 2020," kata Roche.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Eurocham Malaysia, Sven Schneider sebelum ini telah mendedahkan bahawa sekiranya kes COVID-19 terus meningkat, kerajaan Malaysia dijangka akan mengumumkan penutupan aktiviti ekonomi selepas 4 Februari depan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#EuroCham
#perniagaan
#PKP
#ekonomi
#MITI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan