awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Diskaun 50 peratus sewa premis untuk peniaga Pasar UTC Labuan
Negara terlibat akan tempatkan kapal perang bersama AS pastikan Selat Hormuz selamat - Trump
Kerajaan Perak adakan rumah terbuka Aidilfitri pada 21 Mac
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Firefly lancar promosi tahun baharu

Bernama
Bernama
02/01/2015
09:30 MYT
Firefly lancar promosi tahun baharu
Promosi jualan tersebut bermula 5 Jan, 2015 hingga 18 Jan, 2015, untuk perjalanan mulai 19 Jan.
Syarikat penerbangan premium jarak dekat Malaysia, Firefly, melancarkan promosi Tahun Baharu untuk destinasi dalam negara pada harga inklusif serendah RM50 sehala.
Promosi jualan 'Now That's What I Call Flying' bermula 5 Jan, 2015 hingga 18 Jan, 2015, untuk perjalanan mulai 19 Jan, kata Firefly menerusi satu kenyataan.
Tiket untuk destinasi antarabangsa Firefly juga ditawarkan pada harga promosi bermula RM105, untuk destinasi yang meliputi Singapura, Krabi, Phuket dan Koh Samui.
"Kami memulakan semangat Tahun Baharu dengan menawarkan rakyat Malaysia dan pelancong pilihan perjalanan dalam negara untuk menikmati musim panas menerusi pelbagai perkhidmatan baharu yang kami tawarkan," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Ignatius Ong.
Sementara itu, pusat pengumpulan sumbangan Firefly di Terminal Subang Skypark ditutup sementara sehingga esok dan akan dibuka semula pada 4 Jan, 2015.
Sebuah lagi pusat pengumpulan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang juga ditutup sementara dari 3 hingga 6 Januari, 2015 dan dijangka beroperasi pada 7 Jan.
Semua pusat termasuk di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra ditutup sementara pada 5 petang, 9 Jan.
Topic Berkaitan
#Firefly
#promosi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan