awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Diskaun 50 peratus sewa premis untuk peniaga Pasar UTC Labuan
Kerajaan Perak adakan rumah terbuka Aidilfitri pada 21 Mac
Greece sahkan kapal tangki berdaftar di negara itu diserang di Laut Hitam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Perak adakan rumah terbuka Aidilfitri pada 21 Mac

Bernama
Bernama
14/03/2026
15:05 MYT
Kerajaan Perak adakan rumah terbuka Aidilfitri pada 21 Mac
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad (dua,kiri) menyampaikan bubur lambuk kepada para peniaga ketika hadir pada Fiesta Raya Ipoh 2026 Riverfront @ Old Town di Kinta Riverwalk hari ini. - Foto BERNAMA
Kerajaan Negeri Perak akan mengadakan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri peringkat negeri di Stadium Indera Mulia pada 21 Mac ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.
Beliau berkata semua rakyat daripada pelbagai lapisan masyarakat dialu-alukan menghadiri program berkenaan.
“Sekiranya Aidilfitri jatuh pada hari Jumaat (20 Mac), pada sebelah pagi kita akan berkumpul di Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri sebelum pulang meraikannya bersama-sama keluarga.
"Pada hari Sabtu (21 Mac) pula, sebelah pagi kita akan menghadiri majlis sambutan Aidilfitri yang dianjurkan pihak istana, manakala sebelah petang kerajaan negeri akan menganjurkan rumah terbuka seperti biasa di Stadium Indera Mulia. Program itu diteruskan sepertimana setiap tahun,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Fiesta Raya Ipoh 2026 Riverfront @ Old Town di Kinta Riverwalk di sini hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Saarani Mohamad
#Aidilfitri
#Perak
#rumah terbuka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan