awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pembenihan awan di selatan tanah air dipertingkat - Ahmad Zahid
Polis beri amaran jangan subahat lindungi tahanan lolos
Tunku Mahkota Ismail akan pantau, ingatkan kerajaan kekal komited laksanakan misi pembangunan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harga saham syarikat penerbangan dunia naik 5.9 peratus - IATA

Bernama
Bernama
10/08/2016
06:06 MYT
Harga saham syarikat penerbangan dunia naik 5.9 peratus - IATA
Peningkatan juga disokong oleh kenaikan lebih sederhana dalam kalangan syarikat penerbangan Eropah. -Gambar hiasan
Harga saham syarikat penerbangan global meningkat 5.9 peratus pada Julai, dengan syarikat penerbangan Amerika Utara dan Asia Pasifik mencatatkan peningkatan terbesar, masing-masing sebanyak 7.9 peratus dan 4.8 peratus, kata Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
Dalam laporan Financial Monitor bagi Jun 2016 hingga Julai 2016, ia berkata, peningkatan juga disokong oleh kenaikan lebih sederhana dalam kalangan syarikat penerbangan Eropah.
Walaupun berlaku peningkatan pada Julai, ia bagaimanapun berkata harga saham mengakhiri bulan itu pada 16.5 peratus di bawah paras pada permulaan tahun.
"Ketidaktentuan susulan pengundi Brexit, serta kesan berpanjangan serangan pengganas, menambah kebimbangan pelabur ke atas impak penurunan pendapatan unit ke atas keuntungan industri," katanya.
Ia berkata harga saham juga terjejas oleh harga minyak mentah. Pada Julai, harga minyak mentah Brent turun di bawah US$43 setong, paras terendah sejak awal April.
"Penjualan susulan kenaikan dalam harga minyak pada separuh pertama 2016, didorong oleh lebihan jangka masa terdekat dalam penawaran dan peningkatan dolar Amerika Syarikat," katanya.
Sementara itu, IATA berkata pasaran penumpang global berkembang kukuh pada separuh pertama tahun ini, dengan pertumbuhan meluas sejajar dengan kadar purata yang dilihat pada dekad lepas.
"Data terbaharu fret menyaksikan peningkatan berbanding kedudukan lemah yang dilihat pada awal tahun ini," katanya.
Bagaimanapun, ia berkata prospek bagi pengangkutan udara terus menghadapi halangan ketara, termasuk dagangan global yang lemah secara menyeluruh.
Topic Berkaitan
#IATA
#Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa
#saham syarikat penerbangan global
#syarikat penerbangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan