awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
Selangor tangani isu rumah ibadat tidak sah secara berhemah, ikut undang-undang - MB
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hasan Arifin letak jawatan Pengerusi TNB berkuat kuasa 1 Jan

Astro Awani
Astro Awani
30/12/2022
03:16 MYT
Hasan Arifin letak jawatan Pengerusi TNB berkuat kuasa 1 Jan
Hasan merupakan Ahli Parlimen Rompin selama dua penggal, tetapi tewas pada Pilihan Raya Umum ke-15 dengan majoriti tipis 1,438 undi kepada Datuk Abdul Khalib Abdullah daripada Bersatu. - Gambar fail BERNAMA
KUALA LUMPUR: Bekas wakil rakyat Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Hasan Arifin meletakkan jawatan sebagai pengerusi bukan eksekutif Tenaga Nasional Bhd (TNB).
Hasan, 69 tahun, yang berkhidmat sebagai pengerusi TNB dari 1 Okt 2021, akan meletakkan jawatan berkuat kuasa 1 Jan 2023, demikian menurut syarikat utiliti nasional itu dalam makluman di Bursa Malaysia.
"Beliau juga akan melepaskan jawatan sebagai pengerusi atau pengarah dalam anak-anak syarikat di bawah kumpulan syarikat TNB.
"Lembaga Pengarah TNB menzahirkan penghargaan kepada Hasan di atas sumbangannya kepada syarikat," katanya.
Hasan merupakan Ahli Parlimen Rompin selama dua penggal, tetapi tewas pada Pilihan Raya Umum ke-15 dengan majoriti tipis 1,438 undi kepada Datuk Abdul Khalib Abdullah daripada Bersatu.
Beliau pernah berkhidmat sebagai pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara Parlimen.
Harga saham TNB ditutup 1.72% atau 16 sen lebih tinggi kepada RM9.46 pada Khamis (29 Dis), menilai kumpulan itu pada RM54.42 bilion.
Topic Berkaitan
#Hasan Arifin
#TNB
#Barisan Nasional
#letak jawatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan