awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perbicaraan baharu dibuka dalam kes kematian Maradona
Letupan dandang di loji tenaga India ragut 10 nyawa, 40 cedera
Bot bawa lebih 250 migran tanpa dokumen tenggelam di Laut Andaman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MTEN teliti kesan krisis tenaga global, fokus lindungi rakyat - PM

Bernama
Bernama
07/04/2026
15:07 MYT
MTEN teliti kesan krisis tenaga global, fokus lindungi rakyat - PM
Anwar pada Mesyuarat MTEN hari ini berkata, Kerajaan MADANI akan terus meneliti kesan krisis tenaga global dengan fokus utama melindungi rakyat serta menjamin keterjaminan bekalan strategik negara. - Gambar Facebook Anwar Ibrahim
Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang bersidang hari ini meneliti kesan krisis tenaga global dengan fokus utama melindungi rakyat dan menjamin keterjaminan bekalan strategik negara.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata usaha membanteras ketirisan dan penyeludupan terus diperkukuh melalui pemantauan rantaian bekalan yang lebih ketat serta pelaksanaan Ops Tiris 4.0 secara bersepadu melibatkan pelbagai agensi penguatkuasaan.
“Kerajaan MADANI juga memberi keutamaan kepada keterjaminan bekalan ubat dan peranti perubatan melalui pemantauan stok berpusat, kepelbagaian sumber import serta pelan kecemasan bagi memastikan keperluan kritikal sentiasa mencukupi,” katanya dalam catatan di Facebook.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata bagi jangka panjang, kerajaan akan memperkukuh stok penimbal strategik, membangunkan industri tempatan dan merangka dasar menyeluruh melalui MyMedSecure.
Beliau berkata MTEN turut meneliti operasi haji melibatkan 31,600 jemaah Malaysia dengan keutamaan kepada keselamatan dan kebajikan mereka.
Perdana Menteri berkata Kerajaan MADANI akan terus bertindak secara tersusun dan bertanggungjawab untuk mengurus krisis tenaga global dengan berkesan serta memastikan rakyat dilindungi manakala negara kekal berdaya tahan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#krisis tenaga global
#MTEN
#ops tiris 4.0
#operasi haji
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan