awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
ICE sahkan bertugas di lokasi Piala Dunia AS
Taufan Gezani landa Madagascar, kemusnahan besar dilaporkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

IKHLAS perkenal aplikasi mudah alih baharu buat komuniti Islam

Astro Awani
Astro Awani
07/05/2021
09:11 MYT
IKHLAS perkenal aplikasi mudah alih baharu buat komuniti Islam
Kempen Road to Ramadan oleh IKHLAS yang bermula sejak Mac lalu telah berjaya mengumpul derma sebanyak RM580,000. - Foto IKHLAS
KUALA LUMPUR: Cabang perniagaan mesra-muslim AirAsia Digital, IKHLAS terus berkembang dengan memperkenalkan aplikasi mudah alih baharu, sekali gus mengukuhkan lagi jenama itu sebagai sebuah platform yang lancar dan mudah diakses oleh komuniti beragama Islam di negara ini dan serantau.
Aplikasi baharu tersebut menawarkan ciri-ciri seperti maklumat dan notifikasi waktu solat, kompas Kiblat, platform e-dagang Shop with IKHLAS, bayaran untuk perkhidmatan sedekah, fidyah, zakat, akikah dan korban.
Ketua IKHLAS, Ikhlas Kamarudin berkata para pengguna juga boleh menerima maklumat terkini dari masjid dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang telah mendaftar sebagai sebahagian daripada ciri komuniti di aplikasi mudah alih IKHLAS.
“Pengenalan aplikasi mudah alih pada bulan Ramadan yang mulia ini menandakan satu lagi pencapaian bagi jenama IKHLAS dan kami akan terus berinovasi dan menyediakan perkhidmatan yang lebih baik untuk para pengguna.
"Berikutan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini, aplikasi mudah alih ini bukan sahaja menyediakan platform mesra-muslim yang mudah, lancar dan boleh diakses oleh komuniti beragama Islam untuk memenuhi kewajipan mereka, malah mereka juga dapat membeli barangan keperluan harian daripada syarikat-syarikat dengan sijil halal.
"Kami berharap untuk menjadi sebuah platform sehenti untuk komuniti Islam di seluruh negara dan akan memperkenalkan ciri-ciri, produk dan perkhidmatan baharu pada masa akan datang," demikian katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Ikhlas menambah, kempen ‘Road to Ramadan’ yang bermula sejak Mac lalu juga berjaya mengumpul derma sebanyak RM580,000.
Sumbangan tersebut membolehkan IKHLAS mengagihkan barangan keperluan dan makanan secara aktif untuk membantu lebih 2,200 keluarga, selain pengagihan 10,000 set makanan kepada petugas-petugas barisan hadapan di seluruh negara.
Aplikasi mudah alih IKHLAS boleh dimuat turun melalui Apple App Store atau Google Play Store sekarang.
Topic Berkaitan
#Google
#Apple
#PKP
#Ramadan
#ikhlas
#Aplikasi mesra Muslim
#COVID-19
#sedekah
#Ketua IKHLAS
#Ikhlas Kamarudin
#AirAsia Digital
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan