awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua pengarah, pengarah jabatan kerajaan seleweng dana RM900,000 ditahan SPRM
Sekuel 'F1' Brad Pitt sah dalam pembikinan — Jerry Bruckheimer
Rasuah e-waste: Kertas siasatan diserah kepada AGC Jumaat ini - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jawatankuasa bantu produk sawit Malaysia masuk pasaran Perancis

Bernama
Bernama
05/11/2012
07:27 MYT
Jawatankuasa bantu produk sawit Malaysia masuk pasaran Perancis
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi akan menubuhkan sebuah jawatankuasa dengan Kementerian Pertanian Perancis untuk membantu produk minyak sawit Malaysia memasuki pasaran Perancis.
Menteri Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok, berkata beliau telah berhubung dengan Menteri Pertanian Perancis itu dan masih menunggu jawapan.
"Semasa lawatan saya ke Perancis baru-baru ini, kami mengadakan perbincangan dengan Menteri Pertanian (StTphane Le Foll) dan kami bersetuju untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa mengenai industri minyak sawit.
"Jawatankuasa itu akan membincangkan semua perkara mengenai industri ini," katanya kepada pemberita selepas membuka Persidangan dan Pameran Industri Perladangan Antarabangsa ketiga di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai ulasan kepada kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Minyak Sawit Malaysia, Tan Sri Yusof Basiron, bahawa tiada gunanya mengeluarkan lebih banyak minyak sawit yang diperakui oleh Meja Bulat Minyak Sawit Lestari (RSPO) sekiranya pasaran Perancis pun ia tidak dapat masuki.
Yusof telah menyatakan rasa tidak puas hatinya terhadap RSPO kerana gagal membantu penanam yang telah menghasilkan 4.78 juta tan metrik minyak sawit yang diperakui oleh meja bulat itu dalam pasaran. Dompok berkata RSPO seharusnya lebih proaktif dalam mempertahankan kedudukan industri minyak sawit apabila terdapat pihak-pihak yang mempersoal keupayaan industri itu menanam kelapa sawit dengan cara yang mampan.
"RSPO seharusnya lebih positif dalam soal ini. Jika tidak, kelihatan seolah-olah ia tidak yakin dengan usaha yang dilakukannya sendiri.
"Apa gunanya memberitahu orang lain tentang amalan lestari kita jika kita sendiri tidak menyokong produk yang kita perakui," katanya.
Topic Berkaitan
#Dompok
#kelapa sawit
#Malaysia
#Perancis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan