awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu maut, dua parah insiden tren laju rempuh trak tentera di Perancis
Singapura jangka pertumbuhan ekonomi terjejas, inflasi tinggi susulan konflik Asia Barat - TPM Gan
Pendakwa mohon hukuman penjara 23 tahun terhadap bekas PM Korea Selatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kadar pengangguran di Malaysia 3 peratus - Abdul Wahid

Bernama
Bernama
14/06/2015
13:15 MYT
Kadar pengangguran di Malaysia 3 peratus - Abdul Wahid
Kadar pengangguran di Malaysia adalah sebanyak 3 peratus dengan kadar pertumbuhan 3.3 peratus setahun bagi tempoh RMK10.
Kadar pengangguran di Malaysia adalah sebanyak 3 peratus dengan kadar pertumbuhan 3.3 peratus setahun bagi tempoh Rancangan Malaysia Ke-10 dari 2011 sehingga setakat bulan ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar.
Beliau berkata walaupun Malaysia mempunyai sejumlah 14 juta tenaga kerja dengan lebih 400,000 orang mencari pekerjaan pada setiap masa, kerajaan menetapkan sasaran 75 peratus graduan akan mendapat kerja dalam tempoh enam bulan selepas mereka tamat belajar.
Lebih 53,000 graduan yang mempunyai diploma atau ijazah termasuk lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) telah mendapat manfaat daripada program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) yang diperkenalkan sejak 2011, katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis penutupan Program Kerjaya dan Temuduga Terbuka SL1M Peringkat Zon Pantai Timur di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pengkalan Chepa di sini, hari ini.
Abdul Wahid berkata daripada jumlah itu, sebanyak 19,700 merupakan graduan yang telah menjalani latihan dan terlibat secara langsung di bawah program berkenaan.
"Bakinya merupakan mereka yang mendapat bantuan daripada program 'outreach' kita di mana kita latih mereka bagaimana nak buat 'resume', bagaimana nak lalui proses temuduga dan sebagainya.
"Ini merupakan satu program intervensi di mana kita menyediakan atau melatih mereka di bilik darjah untuk mendapatkan kemahiran dan 'interpersonal skill' dan bakinya antara enam hingga 10 bulan di mana mereka dilatih di syarikat-syarikat yang mengambil bahagian," katanya.
Pada majlis itu, Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) turut menyerahkan dana berjumlah RM15 juta kepada Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) yang bakal memanfaatkan 1,200 usahawan mikro dan Industri kecil dan Sederhana (IKS).
Selain itu, 140 syarikat yang mengambil peluang pada program kerjaya itu turut menawarkan kira-kira 5,000 peluang pekerjaan kepada graduan dalam pelbagai bidang.
Topic Berkaitan
#Abdul Wahid Omar
#pengangguran
#RMK10
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan