awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keputusan langkah penstrukturan semula hutang AirAsia X dijangka diketahui 30 Jun 2021

Bernama
Bernama
02/12/2020
23:52 MYT
Keputusan langkah penstrukturan semula hutang AirAsia X dijangka diketahui 30 Jun 2021
Pada 6 Oktober, AirAsia X Bhd mencadangkan pelan penstrukturan semula yang akan membolehkan syarikat penerbangan itu beroperasi semula sepenuhnya di tengah-tengah sekatan perjalanan global akibat pandemik COVID-19. - fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR:AirAsia X Bhd menjangka keputusan mengenai skim pengaturan yang sedang dilaksanakan di bawah langkah penstrukturan semula hutangnya untuk menyuntik ekuiti baharu, hanya akan diketahui menjelang akhir Jun tahun depan.
Syarikat penerbangan tambang rendah untuk jarak jauh itu berkata demikian ketika mengumumkan kepada Bursa Malaysia pada Rabu bahawa ia telah mengubah tahun kewangan berakhirnya kepada 30 Jun 2021 daripada 31 Dis 2020.
AirAsia X berkata keputusan berkenaan tidak akan diketahui pada bulan ini, oleh itu, asas bagi menyediakan penyata kewangan beraudit (AFS) dan pendapat audit adalah belum pasti dan AFS itu akan mempunyai nilai terhad kepada pemegang saham.
"Pada 30 Jun 2021, keputusan daripada skim ini dijangka akan diketahui, jadi, ada asas yang lebih jelas bagi penyediaan AFS yang akan menjadi lebih bernilai kepada para pemegang saham," kata syarikat penerbangan itu.
Pada 6 Oktober, AirAsia X Bhd mencadangkan pelan penstrukturan semula yang akan membolehkan syarikat penerbangan itu beroperasi semula sepenuhnya di tengah-tengah sekatan perjalanan global akibat pandemik COVID-19.
Langkah penstrukturan semula itu merangkumi pelantikan Datuk Lim Kian Onn sebagai timbalan pengerusi bagi mengetuai inisiatif penstrukturan semula dan memudahkan suntikan ekuiti yang baharu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#AirAsia
#Bursa Malaysia
#Airasia X
#COVID-19
#pandemik
#skim pengaturan
#penstrukturan semula hutang
#ekuiti baharu
#syarikat penerbangan tambang rendah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan