awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Way: Dua pengarah urusan, seorang pengarah syarikat didakwa beri rasuah lebih RM1.28 juta
Lelaki didakwa bunuh ibu kandung, berdepan hukuman mati
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keputusan pertahan Gaza, Palestin tak jejas pelaburan ke Malaysia - PM Anwar

Abdul Hadi Che Awang
Abdul Hadi Che Awang
08/08/2024
07:31 MYT
Keputusan pertahan Gaza, Palestin tak jejas pelaburan ke Malaysia - PM Anwar
Anwar (tengah) bergambar bersama pemain industri pada Sesi Libat Urus Belanjawan 2025 Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Bersama Pemain Industri E&E di SilTerra Malaysia hari ini. - Bernama
KULIM: Perbezaan pendirian dengan negara Barat termasuk Amerika Syarikat (AS) dalam isu membabitkan Palestin tidak memberikan kesan negatif kepada pertumbuhan ekonomi serta pelaburan masuk industri elektrik dan elektronik (E&E) ke Malaysia.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menjelaskan bahawa wujud kepentingan dalam mengekalkan hubungan diplomatik dengan negara-negara terlibat meskipun memiliki kepentingan serta pandangan politik yang berlainan.
Beliau memberi contoh, meskipun memiliki pandangan yang bertentangan mengenai isu melibatkan Palestin khususnya Gaza, Canselor German, Olaf Scholz telah memberi jaminan bahawa Malaysia akan dijadikan sebagai destinasi utama bagi pelaburan industri E&E.
"Walaupun beberapa pendirian kita terutama soal Gaza (agak) keras dan berbeza (dengan kebanyakan negara Barat), (juga) bertentangan dengan Amerika, tetapi dari segi pelaburan (tidak memberikan impak negatif), dia juga jaga kepentingan dia, kita juga jaga kepentingan kita, sebab itu pelaburan tetap bertambah,
"Tetapi (dalam masa yang sama) kita juga beralih kepada negara China, dari sudut E&E juga, (melibatkan) company kenderaan elektrik (EV), (negara) China dapat mengatasi kos dan juga dari segi efficiency terutamanya dalam pengeluaran bateri," katanya.
Anwar berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama sempena sesi dialog Belanjawan 2025 bersama pemain industri elektrik dan elektronik (E&E) di SilTerra Malaysia, Kulim pada Khamis.
Turut hadir Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.
Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkan eksport produk E&E negara ke AS adalah sebanyak 26 peratus daripada jumlah keseluruhan eksport industri terbabit di negara berkenaan.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Palestin
#pelaburan dalam negara
#Gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan