awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
Taufan Gezani landa Madagascar, kemusnahan besar dilaporkan
Op Way: Dua pengarah urusan, seorang pengarah syarikat didakwa beri rasuah lebih RM1.28 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan negeri Sabah baharu perlu wujudkan platform e-dagang

Isabelle Leong
Isabelle Leong
24/08/2020
10:54 MYT
Kerajaan negeri Sabah baharu perlu wujudkan platform e-dagang
IDZRUL: Ada baiknya kerajaan Sabah memberi fokus untuk membina prasarana yang lebih baik supaya pencapaian internet dapat sampai ke seluruh pelosok negeri. - Astro AWANI
Kerajaan negeri Sabah baharu perlu memberikan perhatian kepada usahawan di negeri tersebut dengan mewujudkan platform e-dagang bagi membangunkan ekonomi negeri.
Naib Presiden Pertubuhan Usahawan Generasi Muda Berjaya Malaysia (GMB) Idzrul Azraai Mohd. Idrus berkata ia bagi membangunkan ekonomi negeri selain menjana pendapatan usahawan di situ.
“Pada masa yang sama, apa yang saya cadangkan adalah, ada baiknya kerajaan akan datang ini membina sebuah platform e-dagang untuk membantu usahawan menjana pendapataan.
“Ia bukan sahaja untuk perniagaan di dalam negeri sahaja, malah untuk menjual barangan atau produk mereka ke negara yang terdekat seperti Brunei, Indonesia dan Thailand,” katanya apabila dihubungi Astro AWANI untuk Buletin AWANI Khas: Sabah Memilih pada Isnin.
Dalam pada itu, Idzrul juga berkata kerajaan negeri baharu juga perlu membina infrastruktur seperti jaringan internet yang lebih baik bagi merealisasikan inisiatif platform e-dagang berkenaan.
“Ada baiknya kerajaan Sabah memberi fokus untuk membina prasarana yang lebih baik supaya pencapaian internet dapat sampai ke seluruh pelosok negeri.
“Sekarang, memang pencapaian internet ini perlu apabila kami bercakap mengenai digitalisasi dan e-dagang. Pencapaian internet itu perlu,” katanya.
Pada 17 Ogos, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh penamaan calon PRN Sabah pada 12 September manakala 22 September tarikh pengundian awal dan hari mengundi pada 26 September.
Topic Berkaitan
#ekonomi
#Idzrul Azraai Mohd Idrus
#kerajaan negeri Sabah
#Naib Presiden Pertubuhan Usahawan Generasi Muda Berjaya Malaysia
#pendapatan
#pilihan raya
#platform e-dagang
#PRN Sabah
#usahawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan