awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angka korban insiden tembakan di sekolah di selatan Turkiye meningkat kepada 9
Lelaki ditahan dera anak anjing di Shah Alam
Trump beri amaran tiada perjanjian jika Iran terus miliki senjata nuklear
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan sasar sektor e-dagang sumbang RM211 bilion KDNK 2020

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
06/07/2017
07:38 MYT
Kerajaan sasar sektor e-dagang sumbang RM211 bilion KDNK 2020
Ahmad berkata Pelan Hala Tuju Strategik e-Dagang Kebangsaan 2016-2020 menggariskan enam bidang utama dan 11 program, melibatkan lima kementerian dan lapan agensi. - Gambar fail
Kerajaan mensasarkan sektor e-dagang menyumbang RM211 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2020.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan berkata Pelan Hala Tuju Strategik e-Dagang Kebangsaan 2016-2020 memainkan peranan utama memacu pertumbuhan memberangsangkan.
"Semakan semula sumbangan e-dagang kepada KDNK dinaikkan kepada RM211 bilion berbanding RM114 bilion. Ia juga menyumbang kepada 20 peratus KDNK berbanding RM68 bilion yang dicatatkan pada 2015," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas penyampaian hadiah Program '90 Days Business Challenge' anjuran SME Bank di sini hari ini.
Jelasnya, Pelan Hala Tuju Strategik e-Dagang Kebangsaan 2016-2020 menggariskan enam bidang utama dan 11 program, melibatkan lima kementerian dan lapan agensi.
Enam bidang itu ialah mempercepatkan penerimaan penjual; meningkatkan penggunaan ePerolehan; menghapuskan halangan bukan tarif; penyusunan semula insentif ekonomi sedia ada; merangsang pelaburan strategik dan mempromosikan jenama negara.
Kementerian yang terlibat termasuk Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri; Kementerian Kewangan serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
Topic Berkaitan
#Ahmad Maslan
#KDNK
#Pelan Hala Tuju Strategik e-Dagang Kebangsaan 2016-2020
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan