awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anggota polis ditempatkan di stesen minyak perkasa pemantauan ketirisan bahan api
Anggota tentera parah dipukul dalam kem meninggal dunia
"Guru Bitara Nadi Negara" tema sambutan Hari Guru tahun ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan sediakan sokongan untuk lonjakkan lagi industri perabot

Bernama
Bernama
09/11/2018
21:11 MYT
Kerajaan sediakan sokongan untuk lonjakkan lagi industri perabot
TERESA: Kerajaan akan memberi lebih penekanan kepada aktiviti hiliran bernilai tambah tinggi. - Gambar fail
Kerajaan, bersama-sama agensi berkaitan, akan terus menyediakan sokongan untuk melonjakkan lagi industri perabot.
Menteri Industri Utama, Teresa Kok Suh Sim berkata, industri itu menyumbang eksport bernilai RM10.1 bilion pada 2017, dan nilai itu disasarkan mencecah RM12 bilion menjelang 2020.
"Menyedari sumbangan besar industri perabot kepada ekonomi negara, kerajaan akan memberi lebih penekanan kepada aktiviti hiliran bernilai tambah tinggi," katanya ketika berucap di majlis makan malam penghargaan Pameran Perabot Antarabangsa Malaysia (MIFF) di sini, malam tadi.
Beliau berkata, peserta industri ini perlu menerima guna pembuatan pintar bagi meningkatkan kualiti, mengurangkan tempoh pengeluaran dan menggantikan kerja berkemahiran rendah, untuk industri perabot mencapai kejayaan.
"Syarikat digalakkan menggunakan teknologi baharu dan automasi sebanyak yang mungkin untuk meningkatkan produktiviti dan melonjakkan eksport," katanya.
Sementara itu, Pengasas dan Pengerusi MIFF, Datuk Tan Chin Huat berkata pameran perabot tahunan itu telah memenuhi objektifnya untuk menjadi platform eksport perabot Malaysia.
"Sebagai pasaran perdagangan eksport perniagaan kepada perniagaan, jualan di MIFF menyumbang 30 hingga 40 peratus kepada nilai eksport perabot tahunan Malaysia," katanya.
MIFF merekodkan jualan bernilai AS$984 juta bagi tahun ini berbanding AS$940 juta pada 2017.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#aktiviti hiliran
#ekonomi
#eksport
#industri
#MIFF
#pembuatan pintar
#perabot
#peruntukan
#Tan Chin Huat
#Teresa Kok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan