awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan terbuka bekerjasama dengan pemain industri perkasa pendigitalan negara

Bernama
Bernama
25/07/2024
00:15 MYT
Kerajaan terbuka bekerjasama dengan pemain industri perkasa pendigitalan negara
Gobind Singh berucap pada Majlis Anugerah PC.com Ke-24 di sebuah hotel malam tadi. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerajaan komited dan sedia menjalin kerjasama dengan pemain industri digital dalam usaha memperkasakan sektor berkenaan di Malaysia.
Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata beliau telah meminta semua ketua industri berkaitan hadir ke kementerian berkenaan dan memberi pandangan untuk menggariskan dasar digital pada masa akan datang.
Beliau berkata ini kerana ekosistem yang dibina adalah penting bukan sekadar bagi membolehkan kerajaan mengetahui masalah berkaitan sektor digital sebelum ini tetapi juga untuk melihat cabaran yang bakal didepani.
"Jadi, pengalaman yang mereka dapat daripada perjalanan dahulu hingga sekarang sangat penting supaya kita dapat menyediakan garis panduan untuk kita bergerak ke hadapan.
"Saya berpendapat adalah penting untuk kita memahami bahawa kita tidak boleh melakukan perkara itu secara bersendirian.
"Saya memaklumkan bahawa saya memerlukan bantuan mereka bagi membincangkan cara kita merangka dasar untuk membolehkan Malaysia bergerak ke hadapan dengan input daripada industri dan sudah tentu kerajaan akan membantu sekadar yang termampu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Anugerah PC.com ke-24 di sini malam tadi.
Gobind turut mengulangi keyakinan beliau bahawa pihaknya mampu mencapai sasaran sumbangan ekonomi digital sebanyak 25.5 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar menjelang 2025 sekiranya semua pihak termasuk rakyat memanfaatkan platform yang disediakan oleh kerajaan untuk mengembangkan perniagaan mereka.
"Kita perlu pastikan kita memberikan usaha yang mencukupi untuk memastikan bahawa setiap rakyat Malaysia mahir menggunakan platform-platform digital ini untuk kebaikan dan mengubah cara perniagaan mereka," katanya.
Menyentuh mengenai majlis malam tadi, beliau berkata PC.com mengiktiraf individu dan syarikat untuk menghargai sumbangan mereka kepada industri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Gobind Singh Deo
#dasar digital
#pendigitalan
#ekonomi digital
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan