awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket seks dan scan dalam talian melalui Op Bugil
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KL-Jakarta sepakat realisasi projek kereta ASEAN

Andy Reza
Andy Reza
10/08/2018
08:56 MYT
KL-Jakarta sepakat realisasi projek kereta ASEAN
Langkah awal merealisasikan projek kereta ASEAN digerakkan menerusi pertukaran Memorandum Persetujuan (MOA), antara Institut Automotif Malaysia (MAI) dan Institut Otomotif Indonesia (IOI) hari ini. - Foto MAI

Malaysia dan Indonesia sepakat menjalinkan kerjasama strategik bagi melaksana usaha membangunkan industri automotif, sebagai langkah awal ke arah merealisasikan hasrat membangunkan projek kereta ASEAN. Perkara itu dicapai, hasil pertukaran Memorandum Persetujuan (MOA), antara Institut Automotif Malaysia (MAI) dan Institut Otomotif Indonesia (IOI) di sini hari ini. Fokus awal tertumpu kepada pemerkasaan vendor komponen kenderaan di kedua-dua negara. Jelas Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif Malaysia (MAI), Datuk Madani Sahari, keupayaan vendor komponen kenderaan sangat penting, bagi memastikan kejayaan sesebuah pengeluar kenderaan. Ini kerana, 80 peratus daripada komponen untuk menghasilkan kenderaan, diperoleh daripada vendor. “Teknologi sesebuah kenderaan bergantung kepada komponennya. Justeru, vendor perlu mematikan komponen berteknologi tinggi dibekalkan kepada pengeluar kenderaan,” katanya. Sebagai permulaan, pemerkasaan modal insan dan pengukuhan rantaian bekalan akan dilakukan. Juga, menjalankan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) dalam pembuatan kenderaan generasi baharu. Malaysia juga bersedia berkongsi kepakaran dan teknologi, manakala Indonesia pula menyediakan akses pasaran lebih luas kepada Malaysia. “Malaysia mempunyai lebih 100 syarikat yang memiliki keupayaan mengeluarkan komponen setaraf dengan peringkat global. Manakala Indonesia kebanyakkannya berada di kelas Tier 2 dan Tier 3,” katanya selepas menyaksikan pertukaran MOA, antara Ketua Pegawai Eksekutif MAI, Datuk Madani Sahari dengan Presiden IOI, Made Dana M. Tangkas. Turut serta, Ketua Pengarah Pembangunan Industri Antarabangsa Indonesia, Gusti Putu Suryawani. Berdasarkan statistik, Indonesia memiliki lebih 1,000 vendor komponen kenderaan, manakala Malaysia pula, sebanyak 641. Sekiranya MOA tersebut menghasilkan perkembangan positif, kerjasama dengan Thailand akan dilakukan, kerana negara ‘Detroit Of The East’ itu memiliki lebih 2,400 vendor. Sekaligus, mempercepat pembangunan projek kereta ASEAN. Sementara Itu, Ketua Pengarah Pembangunan Industri Antarabangsa Indonesia, Gusti Putu Suryawani memaklumkan, pembangunan kereta ASEAN tidak hanya terhad kepada segmen kereta penumpang. Malah, boleh dikembangkan kepada segmen kenderaan komersil atau khusus untuk sektor-sektor tertentu.

Topic Berkaitan
#ASEAN
#Gusti Putu Suryawani
#Indonesia
#Institut Automotif Malaysia
#Institut Otomotif Indonesia
#IOI
#kereta
#MADANI SAHARI
#MAI
#Malaysia
#Memorandum Persetujuan
#MITI
#MOA
#Proton
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan