awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pembenihan awan di selatan tanah air dipertingkat - Ahmad Zahid
Polis beri amaran jangan subahat lindungi tahanan lolos
Tunku Mahkota Ismail akan pantau, ingatkan kerajaan kekal komited laksanakan misi pembangunan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MAHB lantik Iskandar Mizal sebagai Pengarah Urusan berkuat kuasa 25 Oktober

Firdaus Azil
Firdaus Azil
22/10/2021
11:38 MYT
MAHB lantik Iskandar Mizal sebagai Pengarah Urusan berkuat kuasa 25 Oktober
Iskandar Mizal mempunyai pengalaman selama 32 tahun dalam dunia korporat dan mempunyai kepakaran dalam inisiatif pemulihan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mengumumkan pelantikan Datuk Iskandar Mizal Mahmood sebagai Pengarah Urusan yang baharu berkuat kuasa 25 Oktober ini.
Melalui pemakluman kepada Bursa Malaysia, MAHB berkata, Iskandar Mizal, 55, mempunyai pengalaman selama 32 tahun dalam dunia korporat dan berkhidmat dengan pelbagai syarikat multinasional ke syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam pelbagai sektor.
MAHB berkata, Iskandar Mizal merupakan Pengurus Besar syarikat itu antara 1999 hingga 2003 dan beliau mengetuai tawaran permulaan awam (IPO) dan penyenaraian syarikat itu di Bursa Malaysia.
Antara kepakaran beliau ialah kewangan, kewangan korporat, pembangunan perniagaan serta hubungan pelabur.
Selain terbabit secara langsung dalam pengembangan operasi seperti pengambilalihan Lapangan Terbang Antarabangsa Rajiv Ghandi di Hyderabad, India, Iskandar Mizal juga pernah menjadi Ahli Lembaga Pengarah Lapangan Terbang Phnom Penh dan Siem Reap di Kemboja.
Selain itu, Iskandar Mizal juga mempunyai latar belakang dalam postal dan logistik apabila menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia antara 2013 hingga 2015.
Menurut MAHB, Iskandar Mizal juga mempunyai kepakaran dalam inisiatif pemulihan dan pernah diberi mandat oleh kementerian Kewangan dan Khazanah Nasional untuk memulihkan semula syarikat seperti Malaysian Technology Development Sdn Bhd dan Granaturn Ventures Sdn Bhd.
Selain itu, Iskandar juga mengetuai inisiatif pemulihan Kumpulan Media Prima Bhd sebagai Pengarah Eksekutif Kumpulan dan Pengarah Pengurusan Kumpulan antara 2019 hingga 2021.
Iskandar Mizal memulakan kariernya dengan Arthur Andersen & Co selain berpengalaman mengetuai beberapa institusi kewangan utama seperti Bumiputera Merchant Bankers Bhd dan Commerce International Merchant Bankers Berhad.
Topic Berkaitan
#MAHB
#Iskandar Mizal Mahmood
#pengarah urusan
#Bursa Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan