awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perbicaraan baharu dibuka dalam kes kematian Maradona
Letupan dandang di loji tenaga India ragut 10 nyawa, 40 cedera
Konflik Asia Barat: Trump bayangkan rundingan dengan Iran mungkin bermula di Pakistan dalam masa terdekat - Laporan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia Airlines, AirAsia dan Firefly antara tujuh syarikat penerbangan tubuh AMAC

Bernama
Bernama
14/04/2016
11:17 MYT
Malaysia Airlines, AirAsia dan Firefly antara tujuh syarikat penerbangan tubuh AMAC
Tujuh syarikat penerbangan Malaysia bergabung tenaga menubuhkan Persatuan Syarikat Penerbangan Udara (AMAC). - Gambar fail
Tujuh syarikat penerbangan Malaysia bergabung tenaga menubuhkan Persatuan Syarikat Penerbangan Udara (AMAC).
Tertakluk kepada kelulusan lembaga pengarah masing-masing dan Pendaftar Persatuan, syarikat pengasas persatuan ini terdiri daripada Malaysia Airlines Bhd, MASwings, Firefly, AirAsia Bhd, AirAsia X Bhd, Malindo Air dan Berjaya Air.
Persatuan itu terbuka kepada semua syarikat penerbangan udara di Malaysia.
Tujuan penubuhan AMAC bermatlamat menyediakan platform bagi membincangkan isu-isu yang melibatkan industri itu,kata Malaysia Airlines dan AirAsia dalam satu kenyataan hari ini.
Menerusi perwakilan setiap operator utama, persatuan itu akan memastikan satu suara dalam industri penerbangan dan pada masa yang sama mewakili kepentingan industri yang seragam dalam kalangan institusi seperti Kementerian Pengangkutan, Jabatan Penerbangan Awam dan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia.
AMAC akan melibatkan diri dalam isu seperti meningkatkan perkhidmatan kawalan udara moden, kebimbangan aeropolitik, standard keselamatan jaminan di lapangan terbang, perubahan regim dan isu lain yang berkaitan.
Dengan bergabung tenaga, persatuan itu juga menggalakkan pertumbuhan sihat dalam industri dan mewujudkan jawatan berkelayakan tinggi, secara langsung dan tidak langsung dalam sektor itu dan ekosistem penerbangan secara lebih meluas.
Topic Berkaitan
#AirAsia Bhd
#AirAsia X Bhd
#AMAC
#Berjaya Air
#Firefly
#Malaysia Airlines Bhd
#Malindo Air
#MASWings
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan