awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jepun akan keluarkan tambahan rizab minyak kecemasan
Adik cedera diserang abang menggunakan parang
Lubnan sebahagian yang "tidak dapat dipisahkan" daripada gencatan senjata - Speaker Parlimen Iran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia Airlines lancar penerbangan terus dua kali seminggu KL-Yogyakarta

Bernama
Bernama
02/11/2022
20:20 MYT
Malaysia Airlines lancar penerbangan terus dua kali seminggu KL-Yogyakarta
Perkhidmatan baharu itu merupakan strategi pengembangan rangkaiannya, menjadikan rangkaian sedia ada di Indonesia kepada enam bandar, termasuk Jakarta, Denpasar, Surabaya, Medan dan Pekanbaru. -Gambar fail
JAKARTA: Malaysia Airlines melancarkan penerbangan terus dua kali seminggu yang baharu antara Kuala Lumpur (KUL) dan Yogyakarta, Indonesia pada Rabu dan Ahad.
Penerbangan MH857 berlepas dari KUL ke Yogyakarta pada 5.40 petang Rabu dan penerbangan MH856 berlepas dari Yogyakarta ke KUL pada 8.30 malam, dikendalikan oleh pesawat Boeing 737-800 dengan 160 tempat duduk, menurut syarikat penerbangan itu dalam kenyataan.
Perkhidmatan baharu itu merupakan strategi pengembangan rangkaiannya, menjadikan rangkaian sedia ada di Indonesia kepada enam bandar, termasuk Jakarta, Denpasar, Surabaya, Medan dan Pekanbaru.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Aviation Group Kapten Izham Ismail berkata perkhidmatan baharu itu akan memenuhi keperluan pelancong perniagaan dan percutian serta mengukuhkan bahagian umrah dan haji di rantau ini.
Beliau berkata langkah itu juga akan menggalakkan pertumbuhan ekonomi serta meningkatkan perniagaan dan perdagangan antara kedua-dua negara dan meletakkan syarikat penerbangan pada kedudukan kukuh untuk mencecah lebih 82 peratus daripada kapasiti sebelum pandemik.
"Operasi kami di Indonesia adalah positif dengan kapasiti semasa sebanyak 70 peratus daripada paras sebelum pandemik," katanya.
Tambang penerbangan pergi balik Malaysia Airlines dari KUL ke Yogyakarta bermula daripada RM1,255.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia Airlines
#Kuala Lumpur
#Yogyakarta
#Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan