Jepun akan keluarkan tambahan rizab minyak kecemasan

Setakat 6 April, negara Asia Timur itu memiliki simpanan minyak mencukupi untuk kira-kira 230 hari penggunaan. - Foto REUTERS
Jepun akan mengeluarkan tambahan minyak daripada rizab kecemasan bersamaan penggunaan selama 20 hari bermula awal Mei ini, kata Perdana Menteri Sanae Takaichi.
Takaichi berkata Jepun, yang bergantung kepada Asia Barat bagi kira-kira 95 peratus bekalan minyaknya, telah mula mengeluarkan minyak daripada simpanan strategik negara sejak pertengahan Mac lalu.
Secara keseluruhan, Jepun kini telah menyediakan kira-kira 50 hari penggunaan minyak daripada rizab kecemasannya.
Setakat 6 April, negara Asia Timur itu memiliki simpanan minyak mencukupi untuk kira-kira 230 hari penggunaan, menurut data rasmi.
Langkah terbaharu itu dibuat di tengah ketidaktentuan pasaran tenaga global dan kebimbangan gangguan bekalan akibat ketegangan geopolitik yang berterusan di rantau Asia Barat.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
