awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MITI fokus integrasi PKS, ekonomi digital ke dalam rantaian bekalan global

Nabilah Khaleeda
Nabilah Khaleeda
14/07/2023
03:10 MYT
MITI fokus integrasi PKS, ekonomi digital ke dalam rantaian bekalan global
Tengku Zafrul dijadualkan terlibat dalam perbincangan dua hala dengan rakan sejawat dari New Zealand, Kanada dan Jepun berkenaan isu perdagangan serta pelaburan yang menarik minat bersama. - Gambar fail/Astro AWANI/Shahir Omar
Kementerian Pelaburan, Perdagangan & Industri Malaysia (MITI) bakal membincangkan berkenaan ekonomi digital, ekonomi hijau, dan integrasi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Malaysia ke dalam rantaian bekalan global ketika Mesyuarat Suruhanjaya ke-7 Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) pada 15 hingga 16 Julai 2023 di Auckland, New Zealand.
Kementerian itu dalam satu kenyataan pada Jumaat menjelaskan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz akan mengetuai delegasi MITI dan berharap manfaat daripada CPTPP dapat dirasai rakyat serta perniagaan Malaysia, terutamanya PKS.
"Mesyuarat kali ini sangat dinantikan memandangkan CPTPP bakal menerima United Kingdom sebagai ahli ke-12.
"New Zealand sebagai Pengerusi mesyuarat Suruhanjaya CPTPP tahun ini, dijangka memperbaharui pelaksanaan serta membincangkan bidang tumpuan CPTPP 2023 seperti memajukan ekonomi hijau dan memperkukuhkan kemudahan ekonomi digital termasuk pentadbiran dan proses kastam.
"Menteri akan terlibat secara langsung dalam memastikan pelaksanaan CPTPP yang berkesan telah ditandatangani 11 pihak pengasas pada 8 Mac 2018 di Santiago, Chile," jelas kenyataan itu.
Dalam pada itu, mesyuarat itu juga akan mengeluarkan Pernyataan Bersama Menteri, di mana antara lain, suruhanjaya berkenaan menyambut baik pelaksanaan perjanjian bagi Chile (21 Februari 2023) sementara Brunei (12 Julai 2023) di akhir mesyuarat.
Tengku Zafrul dijadualkan terlibat dalam perbincangan dua hala dengan rakan sejawat dari New Zealand, Kanada dan Jepun berkenaan isu perdagangan serta pelaburan yang menarik minat bersama.
CPTPP adalah gabungan 11 negara, termasuk Malaysia, dengan jumlah penduduk 500 juta orang dan KDNK sebanyak 13.5 trilion dolar Amerika.
Topic Berkaitan
#CPTPP
#pelaburan
#ekonomi digital
#PKS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan