awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Adik cedera diserang abang menggunakan parang
Lubnan sebahagian yang "tidak dapat dipisahkan" daripada gencatan senjata - Speaker Parlimen Iran
Konflik Asia Barat: Iran nafi lancar peluru berpandu ke arah negara Teluk selepas gencatan senjata
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MITI harap hubungan perdagangan Malaysia-China terus mengukuh - Tengku Zafrul

Bernama
Bernama
06/01/2023
13:09 MYT
MITI harap hubungan perdagangan Malaysia-China terus mengukuh - Tengku Zafrul
MITI berharap hubungan perdagangan Malaysia-China akan terus diperkukuhkan menerusi penglibatan berterusan antara kedua-dua negara, kata menterinya Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berharap hubungan perdagangan Malaysia-China akan terus diperkukuhkan menerusi penglibatan berterusan antara kedua-dua negara, kata menterinya Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Beliau berkata demikian menerusi laman Twitternya selepas bertemu dengan Duta China ke Malaysia, Ouyang Yujing, hari ini.
Semasa pertemuan tersebut, antara perkara yang dibincangkan adalah hubungan perdagangan dan pelaburan antara Malaysia dan China serta langkah-langkah untuk mengukuhkan lagi hubungan dua hala, katanya.
China merupakan rakan dagang terbesar Malaysia selama 13 tahun berturut-turut (2009-2021).
Semasa wawancara bersama saluran CNBC semalam, Tengku Zafrul berkata langkah China untuk membuka semula sempadannya minggu depan memberi prospek yang baik kepada sektor pelancongan dan ekonomi Malaysia.
Menurut data daripada Tourism Malaysia, semasa tempoh sebelum pandemik, China menyumbang kedatangan pelancong ketiga terbesar di Malaysia dengan kira-kira 3.1 juta pelancong dari negara tersebut melawat Malaysia pada 2019, daripada keseluruhan 26.1 juta orang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MITI
#hubungan perdagangan
#Malaysia-China
#Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan