awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis tenaga: Pelaksanaan Biodiesel B15 penyelesaian paling praktikal - PM Anwar
Tiada pelanggaran SOP dalam operasi iring banduan - Jabatan Penjara Malaysia
IMF semak naik unjuran pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia kepada 4.7 peratus bagi 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Asia Barat: Iran nafi lancar peluru berpandu ke arah negara Teluk selepas gencatan senjata

Bernama
Bernama
10/04/2026
00:12 MYT
Konflik Asia Barat: Iran nafi lancar peluru berpandu ke arah negara Teluk selepas gencatan senjata
Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) berkata, angkatan bersenjata Iran “tidak melancarkan apa-apa ke arah mana-mana negara” sepanjang tempoh gencatan senjata. - Gambar Reuters
Iran pada Jumaat menafikan melancarkan sebarang peluru berpandu atau dron ke arah negara-negara Teluk sejak gencatan senjata berkuat kuasa, sekali gus menolak laporan media mengenai serangan ke atas kemudahan di beberapa negara di rantau itu, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik media tempatan.
Dalam satu kenyataan yang disiarkan agensi berita Fars, Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) berkata, angkatan bersenjata Iran “tidak melancarkan apa-apa ke arah mana-mana negara” sepanjang tempoh gencatan senjata itu.
“Angkatan bersenjata Republik Islam Iran tidak melancarkan sebarang serangan ke arah mana-mana negara sepanjang tempoh gencatan senjata setakat ini,” menurut kenyataan itu.
IRGC berkata, jika laporan berkenaan benar, ia adalah perbuatan pihak yang disifatkannya sebagai “musuh Zionis” atau Amerika Syarikat (AS).
Iran akan mengumumkan secara terbuka sebarang serangan yang dilancarkan oleh pasukannya, menurut IRGC.
Ia menegaskan, sebarang serangan yang dilaksanakan oleh angkatan Iran akan diumumkan secara rasmi, manakala sebarang tindakan yang tidak diumumkan oleh Tehran tidak mempunyai kaitan dengan Iran.
“Sebarang tindakan yang tidak terkandung dalam kenyataan rasmi Republik Islam Iran tidak ada kaitan dengan kami,” menurut kenyataan itu.
AS dan Iran pada Selasa mengumumkan gencatan senjata selama dua minggu yang diusahakan Pakistan, sebagai langkah ke arah kemungkinan perjanjian lebih luas bagi menghentikan konflik yang dicetuskan Washington dan Tel Aviv terhadap Tehran pada 28 Feb.
Sementara Islamabad dan Tehran menyatakan bahawa gencatan senjata itu turut meliputi Lubnan, Washington dan Tel Aviv menafikannya.
-- BERNAMA-ANADOLU
Topic Berkaitan
#konflik Asia Barat
#Iran
#AS
#Israel
#Pakistan
#gencatan senjata
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan