awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganggur didakwa bunuh teman wanita
Penangguhan hukuman satu petanda positif, peluang Malaysia kini 50-50 - AFC
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NAP 2020 dilancar 21 Februari ini - Darell

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
10/02/2020
05:00 MYT
NAP 2020 dilancar 21 Februari ini - Darell
DARELL: Tugas MITI mahu mempertahankan industri ini dengan berbincang dengan pelbagai pihak dan pemain industri. - Gambar SHAHIR OMAR/ASTRO AWANI
Dasar Automotif Nasional (NAP) 2020 akan dilancarkan pada 21 Februari ini oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Darell Leiking, walaupun dikatakan sedikit terlewat, namun ia meliputi penyelesaian duti eksais yang menjadi isu sebelum ini.
"Ada yang masih mempersoalkan isu ini, tetapi saya fikir Persatuan Automotif Malaysia (MAA) sudah berbincang dengan Kementerian kewangan (MOF).
"Ya, walaupun duti eksais ini di bawah MOF, ramai yang terkeliru dengan MITI.
"Tugas MITI mahu mempertahankan industri ini dengan berbincang dengan pelbagai pihak dan pemain industri. Kita sentiasa berbincang," katanya semasa sidang media selepas Majlis Perhimpunan Perdana MITI dan agensi 2020 di sini, pada Isnin.
Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii), Datuk Madani Sahari, berkata pengurangan duti eksais, dari segi kebaikan dan keburukannya kepada pendapatan kerajaan perlu dilihat secara menyeluruh.
Katanya, secara am, pendapatan kerajaan yang berkurangan itu akan diganti dengan hasil peningkatan penjualan kenderaan, selain keuntungan perniagaan serta pelaburan baharu.
Darell sebelum ini dilaporkan berkata, NAP akan merangkumi keseluruhan ekosistem automotif dan elemen baharu teknologi.
Elemen baharu itu termasuk kenderaan generasi akan datang, mobilti sebagai perkhidmatan, Revolusi Industri 4.0 dan kepintaran buatan.
Darell berkata, industri automotif Malaysia menyumbang kira-kira RM40 bilion atau empat peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar, dengan membabitkan tenaga kerja lebih 600,000 orang.
Industri itu terdiri daripada 27 pengeluar produk tulen (OEM), dengan kira-kira 53,000 kemudahan pasca pasaran serta anggaran 700 pembekal alatan dan komponen.
Fasa pertama NAP dijangka bermula sehingga 2023 atau 2024.
Topic Berkaitan
#Darell Leiking
#Dasar Automotif Nasional
#Kementerian Kewangan
#kerajaan
#Mahathir Mohamad
#Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
#MITI
#MOF
#NAP 2020
#pelaburan
#perhimpunan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan