awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
Australia beri amaran tegas kepada Roblox susulan aduan antun seksual kanak-kanak
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NAZA Enviro, Grandblue perkukuh pengurusan sisa pepejal

Astro Awani
Astro Awani
25/04/2025
02:30 MYT
NAZA Enviro, Grandblue perkukuh pengurusan sisa pepejal
Ismee (dua dari kiri) mewakili NAZA Enviro sementara Jin Duo (dua dari kanan) dari Grandblue menandatangi MoU memodenkan pengurusan sisa pepejal negara. Hadir sama Nasarudin (kanan) dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan NAZA, SM Faliq SM Nasimuddin.
KUALA LUMPUR: NAZA Enviro Holdings Sdn Bhd (NAZA Enviro) memeterai memorandum persefahaman (MoU) bersama syarikat dari China, Grandblue Environment Co Ltd (Grandblue), dalam usaha memodenkan pengurusan sisa pepejal negara menerusi projek berskala besar berasaskan ekonomi kitaran dan tenaga boleh baharu.
Kerjasama strategik ini bakal merintis pelaksanaan projek pemulihan dan kitar semula sisa pepejal, serta penjanaan tenaga boleh baharu, termasuk penghasilan bahan api hidrogen daripada sisa dalam jangka masa panjang.
Menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan, kedua-dua syarikat merancang untuk menubuhkan usaha sama dalam masa terdekat dengan menggabungkan kepimpinan NAZA Enviro dalam transformasi sisa kepada tenaga dan produk hijau serta kepakaran teknologi Grandblue yang memiliki rekod pencapaian global.
Sebagai peneraju tenaga boleh baharu daripada sisa pepejal di Malaysia, NAZA Enviro telah membangunkan dan mengurus fasiliti Bukit Tagar Enviro Park (BTEP) sejak 2005.
BTEP sehingga kini telah menjana lebih 440 juta kilowatt jam (kWh) tenaga elektrik dan mengumpul 2.7 juta tan kredit karbon melalui loji berkapasiti 12 megawatt (MW).
Dengan penekanan kerajaan terhadap tenaga bersih dan pengurusan sisa yang mampan, NAZA Enviro kini bersedia memperluas operasinya melalui sistem pemantauan berasaskan kecerdasan buatan (AI) dan pendigitalan data pelepasan karbon.
Kerjasama ini turut membuka peluang ke arah penggunaan teknologi canggih bagi penghasilan bahan api hidrogen dan produk hijau lain, memenuhi permintaan pasaran tenaga masa hadapan.
Sementara itu, Grandblue yang juga syarikat tersenarai awam di China menumpukan perkhidmatan alam sekitar termasuk rawatan sisa pepejal, penjanaan tenaga, bekalan air dan rawatan air kumbahan.
Melalui pengambilalihan strategik Canvest Environmental Protection Group, kapasiti pemprosesan Grandblue kini melebihi 99,000 tan sisa sehari – menjadikannya antara tiga teratas dalam industri China.
Operasi syarikat itu meliputi 20 wilayah di China serta tiga projek tenaga daripada sisa di Bangkok, Thailand. Pada 2024 sahaja, Grandblue berjaya menjana 4.8 bilion kWh tenaga elektrik dan mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 3.836 juta tan CO₂.
Manfaat strategik untuk Malaysia
Usaha sama ini dijangka memberi impak besar terhadap agenda kelestarian negara serta memacu pertumbuhan ekonomi dan sosial melalui pewujudan pekerjaan bernilai tinggi, pemindahan teknologi, dan pembangunan ekosistem tenaga mampan di Malaysia.
Pengerusi Eksekutif Kumpulan NAZA, SM Nasarudin SM Nasimuddin berkata, kerjasama tersebut mencerminkan komitmen NAZA Enviro terhadap inovasi dan kemajuan teknologi hijau.
“Bersama, kita bukan sekadar menukar sisa kepada tenaga – kita mengubah cabaran kepada peluang untuk kemajuan negara. Ini adalah langkah besar ke arah masa hadapan yang lebih berdaya tahan dan rendah karbon,” katanya.
Majlis menandatangani MoU itu diadakan sempena sambutan Majlis NAZA Raya dan ulang tahun ke-50 Kumpulan NAZA.
MoU ditandatangani oleh Pengarah Urusan Kumpulan NAZA mewakili NAZA Enviro, Tan Sri Ismee Ismail, manakala Grandblue diwakili Presidennya, Jin Duo.
Topic Berkaitan
#NAZA Enviro
#Grandblue Environment
#pengurusan sisa pepejal
#tenaga boleh baharu
#SM Nasarudin SM Nasimuddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan