awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nilai ringgit susut berbanding dolar AS pada pembukaan urus niaga pagi ini

Bernama
Bernama
02/03/2022
02:11 MYT
Nilai ringgit susut berbanding dolar AS pada pembukaan urus niaga pagi ini
Pada jam 9 pagi ini, mata wang tempatan berada pada paras 4.1945/1980 berbanding dolar AS.
KUALA LUMPUR: Nilai ringgit menyusut untuk dibuka rendah berbanding dolar AS ketika memula urus niaga pagi ini berikutan permintaan lemah serta ketegangan geopolitik yang semakin meruncing, kata para peniaga.
Sebelum ini, mata wang tempatan telah mempamerkan peningkatan untuk dua hari urus niaga berturut-turut.
Pada jam 9.00 pagi ini, mata wang tempatan berada pada paras 4.1945/1980 berbanding dolar AS daripada penutup semalam pada 4.1920/1945.
Ketua ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid memberitahu Bernama mod menolak risiko berterusan memandangkan kemaraan tentera Rusia ke arah Ukraine dilihat semakin ketara dengan lebih ramai korban awam dijangkakan.
Gandingan mata wang euro/dolar AS dan pound Britain/dolar AS terjejas teruk apabila kedua-dua mata wang berkenaan terus susut berbanding dolar AS, masing-masing kepada AS$1.1125 dan AS$1.3326.
Minyak mentah Brent kekal melepasi paras US$100 setong, kini didagangkan 7.15 peratus lebih tinggi pada US$104.97 setong.
Mohd Afzanizam berkata harga minyak diramalkan kekal tinggi walaupun mesyuarat Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum dan sekutunya (Opec+) pada hari Rabu berkemungkinan menyaksikan anggotanya berpegang pada rancangan mereka untuk menambah bekalan sebanyak 400,000 tong sehari.
"Secara keseluruhannya, mata wang tempatan nampaknya mendapat sokongan daripada harga komoditi yang lebih tinggi kerana pengukuhan harga komoditi cenderung memberi manfaat kepada negara.
"Tetapi pada masa yang sama, kebimbangan terhadap perang Ukraine boleh menyebabkan susut nilai kerana mata wang yang disifatkan selamat dijangka mendapat permintaan tinggi," katanya sambil menambah bahawa ringgit seharusnya kekal sekitar RM4.19 hingga RM4.21 hari ini.
Sementara itu, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama lain.
Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0896/0924 daripada 3.0944/0967 pada penutup semalam dan lebih tinggi berbanding pound Britain kepada 5.5883/5930 daripada 5.6231/6265.
Mata wang tempatan mengukuh berbanding yen kepada 3.6474/6508 daripada 3.6519/6544 pada hari Selasa dan naik berbanding euro kepada 4.6660/6699 daripada 4.6934/6962 sebelum ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ringgit
#dolar AS
#dagangan
#mata wang asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan