awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan empat individu bantu siasatan kes roboh kuil
Jangan bertindak luar batas soal isu rumah ibadat - Anwar
Bersatu perlu dibersihkan sebelum hala tuju parti dibincangkan - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nilai ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal dagangan

Bernama
Bernama
29/11/2022
02:40 MYT
Nilai ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal dagangan
Pada 9 pagi, mata wang tempatan menyusut nilai kepada 4.5000/5100 berbanding dolar AS. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Nilai ringgit menyusut sedikit daripada kenaikan yang dicatatkan minggu lepas dan dibuka rendah berbanding dolar AS pada Selasa, dipengaruhi oleh pengukuhan nilai dolar AS selain kemerosotan harga minyak mentah, kata seorang penganalisis.
Pada 9 pagi, mata wang tempatan menyusut nilai kepada 4.5000/5100 berbanding dolar AS daripada penutupan Jumaat pada 4.4795/4890.
Pasaran ditutup semalam (Isnin) sempena cuti khas yang diumumkan oleh Perdana Menteri ke-10 Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis minggu lepas.
Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata peniaga dilihat mencari perlindungan dengan mendapatkan dolar (mata wang selamat) di tengah-tengah kebimbangan kemelesetan global, sementara menunggu ucapan pengerusi Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) Jerome Powell mengenai kenaikan kadar pada hari Rabu.
"Permintaan untuk dolar AS bermula selepas Rizab Persekutuan pada Isnin menukar nada dan cenderung terhadap kenaikan kadar faedah, " katanya kepada Bernama.
Sementara itu, Innes berkata harga minyak kekal tidak menentu ekoran berita yang kian meluas antara menambah dan mengurangkan bekalan oleh Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC).
Ketika ini, penanda aras harga minyak mentah Brent turun 0.46 peratus kepada AS$82.81.
Pada sesi pembukaan, ringgit diniaga bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama.
Nilai mata wang tempatan menyusut berbanding dolar Singapura kepada 3.2628/2705 daripada 3.2573/2645 pada penutup Jumaat dan lemah berbanding yen Jepun kepada 3.2425/2500 daripada 3.2118/2188.
Bagaimanapun, ringgit menambah nilai berbanding pound Britain kepada 5.3852/3971 daripada 5.4094/4209 dan meningkat berbanding euro kepada 4.6530/6633 daripada 4.6551/6650 minggu lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ringgit
#dolar AS
#dagangan
#mata wang asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan