awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nor Azman Zainal dilantik sebagai GEO Takaful Malaysia berkuat kuasa 1 Jan, 2022

Bernama
Bernama
30/12/2021
11:35 MYT
Nor Azman Zainal dilantik sebagai GEO Takaful Malaysia berkuat kuasa 1 Jan, 2022
Takaful Malaysia telah melantik Nor Azman Zainal sebagai ketua pegawai eksekutif kumpulan (GCEO) baharu berkuat kuasa 1 Jan, 2022.
KUALA LUMPUR: Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Bhd (Takaful Malaysia) telah melantik Nor Azman Zainal sebagai ketua pegawai eksekutif kumpulan (GCEO) baharu berkuat kuasa 1 Jan, 2022, menggantikan Datuk Seri Mohamed Hassan Kamil, yang akan bersara daripada jawatan itu menjelang akhir tahun selepas menerajui kumpulan itu sejak tahun 2007.
Pengerusinya Datuk Mohammed Hussein berkata Nor Azman tidak asing lagi dalam industri insurans dan takaful, beliau telah memegang pelbagai peranan dalam pengurusan kanan dan strategik dengan rekod prestasi cemerlang sepanjang 24 tahun dalam industri insurans hayat dan takaful keluarga sepanjang kerjayanya dengan institusi kewangan multinasional.
"Beliau akan memainkan peranan penting dalam memacu pertumbuhan perniagaan kumpulan kerana kami mensasarkan untuk meningkatkan perniagaan takaful keluarga kami ke tahap baharu dan mengukuhkan lagi kedudukan kami dalam industri tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kepakaran Nor Azman dalam insurans dan takaful akan membantu Takaful Malaysia memasuki bab inovasi seterusnya dan mewujudkan visi bersama untuk mencapai kejayaan yang lebih besar.
"Kami yakin Nor Azman bersama-sama pasukan pengurusan akan menguasai pertumbuhan seterusnya dan mendorong Takaful Malaysia mengekalkan kedudukan sebagai peneraju pasaran dalam perniagaan takaful keluarga kerana kami berada pada kedudukan yang baik untuk terus membina momentum kukuh kami dalam pasaran.
"Melangkah ke hadapan, kami optimis tentang masa depan Takaful Malaysia dan meletakkan harapan supaya perniagaan kami berjalan lancar untuk menjadi peneraju yang berkebolehan serta memastikan rakyat Malaysia terus menikmati keselamatan kewangan dan mendapat manfaat daripada penyelesaian takaful komprehensif dan inovatif yang kami tawarkan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Takaful Malaysia
#Nor Azman Zainal
#GCEO
#Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan
#Mohamed Hassan Kamil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan