awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
Australia beri amaran tegas kepada Roblox susulan aduan antun seksual kanak-kanak
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nylex dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia pada 11 Mac

Bernama
Bernama
06/03/2025
23:20 MYT
Nylex dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia pada 11 Mac
Selepas penyahsenaraian syarikat daripada Bursa Malaysia pada 11 Mac, Nylex akan terus wujud tetapi sebagai entiti tidak tersenarai. - Foto Google Maps
KUALA LUMPUR: Nylex (Malaysia) Bhd bakal dinyahsenaraikan daripada Bursa Malaysia pada 11 Mac, berikutan kegagalan syarikat itu mengemukakan pelan penyusunan semula tepat pada masanya.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Khamis, pengawal selia bursa berkata ia telah menolak rayuan syarikat tersebut bagi mendapatkan lanjutan selama enam bulan sehingga 26 Julai, 2025 untuk menyerahkan pelan penyusunan semula kepada pihak berkuasa yang berkaitan bagi kelulusan.
Berikutan itu, Bursa Malaysia berkata syarikat tersebut akan dinyahsenaraikan daripada Bursa Malaysia selepas dua hari pasaran bermula Khamis, iaitu pada 11 Mac, 2025.
Selepas penyahsenaraian syarikat, ia akan terus wujud tetapi sebagai entiti tidak tersenarai.
Syarikat juga boleh meneruskan operasi dan perniagaannya serta melaksanakan penstrukturan semula korporatnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bursa Malaysia
#Nylex
#dinyahsenarai
#pelan penyusunan semula
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan