awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP Tahun Baharu Cina 2026: 16 barang dikawal harga bermula 13 Feb ini
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
India lokasi prestasi cemerlang dalam portfolio pelaburan Khazanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Oliver Wee Hiang Chyn dipilih sebagai presiden baharu MBAM

Dagang News
Dagang News
28/06/2022
01:30 MYT
Oliver Wee Hiang Chyn dipilih sebagai presiden baharu MBAM
Persatuan Kontraktor Binaan Malaysia (MBAM) telah memilih Oliver Wee Hiang Chyn sebagai presiden baharunya bagi penggal Jun 2022 hingga Jun 2024. -Dagang News
KUALA LUMPUR: Persatuan Kontraktor Binaan Malaysia (MBAM) telah memilih Oliver Wee Hiang Chyn sebagai presiden baharunya bagi penggal Jun 2022 hingga Jun 2024.
Dalam satu kenyataan pada Isnin, ia berkata Wee, yang juga pengarah pembangunan perniagaan Tim Sekata Sdn Bhd, menggantikan Tan Sri Sufri Mohd Zin.
Wee telah dipilih sebagai presiden semasa mesyuarat agung tahunan MBAM ke-68 pada 25 Jun 2022, yang turut menyaksikan 26 ahli majlis dipilih diikuti oleh pemilihan pemegang jawatan utama.
“Wee memiliki pengetahuan dan pengalaman luas dalam industri pembinaan Malaysia dengan hampir 40 tahun pengalaman bekerja dalam industri itu.
"Beliau telah berkhidmat dengan MBAM dalam pelbagai jawatan dan telah menjadi ahli majlis MBAM yang aktif sejak 1993," kata MBAM.
Sementara itu, Wee berkata cabaran dalam industri pembinaan sangat berbeza hari ini berbanding enam dekad lalu.
“Bagaimanapun, saya yakin dengan sokongan padu semua ahli majlis MBAM yang dipilih, persatuan itu akan terus menjadi peneraju industri,” katanya. berkata. - DagangNews.com
Topic Berkaitan
#MBAM
#Persatuan Kontraktor Binaan Malaysia
#Oliver Wee Hiang Chyn
#presiden
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan