awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua pengarah, pengarah jabatan kerajaan seleweng dana RM900,000 ditahan SPRM
Taufan Tropika Gezani landa Madagascar, sembilan maut
Dua juruterbang maut selepas pesawat ditembak ketika mendarat di Papua, Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasaran wang akan stabil minggu depan

Bernama
Bernama
23/04/2016
03:44 MYT
Pasaran wang akan stabil minggu depan
Pasaran wang Malaysia dijangka kekal stabil minggu depan dengan Bank Negara meneruskan campur tangan bagi mengurus lebihan kecairan. - Gambar fail
Pasaran wang Malaysia dijangka kekal stabil minggu depan dengan Bank Negara Malaysia (BNM) meneruskan campur tangan bagi mengurus lebihan kecairan.
Bank Pusat itu dijangka menjalankan tender harian untuk mengurangkan lebihan mudah tunai daripada pasaran kewangan.
Untuk minggu baru berakhir, BNM campur tangan setiap hari untuk menyerap lebihan dana dengan menjalankan beberapa tender, iaitu pasaran wang konvensional, Qard, repo dan program Murabahah komoditi.
Pada Jumaat, tindakan bank pusat itu membantu mengurangkan lebih kecairan pasaran dalam sistem konvensional kepada RM25.522 bilion berbanding RM31.046 bilion sebelum ini.
Kecairan pasaran dalam sistem Islam jatuh kepada RM5.778 bilion berbanding RM12.812 bilion sebelum ini.
Kadar semalaman kekal pada 3.21 peratus manakala kadar satu, dua dan tiga minggu masing-masing pada 3.30 peratus, 3.35 peratus dan 3.39 peratus.
Sementara itu, penanda aras kadar antara bank tiga bulan kekal tidak berubah seperti Jumaat lepas pada 3.70 peratus.
Topic Berkaitan
#Bank Negara Malaysia
#BNM
#kecairan
#pasaran wang
#stabil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan