awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PU Amin, PU Rahmat, Imam Asyraf bawa 30 kontena bantuan ke Rafah - 'Kami akan berkorban untukmu al-Aqsa'
Ardell, Haroqs, Heliza, Hazwani, ZRA kembali galas misi ke Gaza - 'Selamat pecahkan kepungan'
Martin Looi pertaruh identiti sinematik dalam Velvet Alibi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasaran wang dijangka stabil minggu depan

Bernama
Bernama
16/01/2016
02:22 MYT
Pasaran wang dijangka stabil minggu depan
Bank pusat itu berkemungkinan akan terus campur tangan dengan tender harian bagi menyerap lebihan tunai daripada pasaran. -Gambar hiasan
Pasaran wang Malaysia dijangka kekal stabil minggu depan dengan kadar lebih stabil bersandarkan jangkaan campur tangan berterusan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menguruskan lebihan kecairan.
Bank pusat itu berkemungkinan akan terus campur tangan dengan tender harian bagi menyerap lebihan tunai daripada pasaran, kata seorang peniaga.
Bagi minggu yang baru berakhir ini, BNM campur tangan setiap hari untuk menyerap lebihan dana dalam sistem dengan melaksanakan tender wang konvensional, Program Komoditi Murabahah, Qard, tender pasaran wang lelongan matang pelbagai, tender repo terbalik dan tender repo.
Pada hari Jumaat, tindakan bank pusat itu telah membantu mengurangkan lebihan kecairan keseluruhan pasaran kepada RM31.62 bilion daripada RM38.44 bilion sebelum ini, manakala dalam sistem Islam, ia susut kepada RM7.68 bilion daripada RM11.17 bilion.
Kadar rujukan Islam semalaman disandarkan pada 3.21 peratus, manakala kadar satu, dua dan tiga minggu, masing-masing berada pada 3.28, 3.33 dan 3.37 peratus. Sementara itu, penanda aras kadar antara bank tiga bulan berada pada 3.84 peratus.
Topic Berkaitan
#Bank Negara Malaysia
#BNM
#lebihan kecairan
#pasaran wang
#Qard
#tender harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan