awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu maut, dua parah insiden tren laju rempuh trak tentera di Perancis
Rusia raih pendapatan berbilion euro susulan penutupan Selat Hormuz
Songkran Bangkok tanpa alkohol, aktiviti dihadkan hingga 10 malam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Martin Looi pertaruh identiti sinematik dalam Velvet Alibi

Bernama
Bernama
07/04/2026
04:41 MYT
Martin Looi pertaruh identiti sinematik dalam Velvet Alibi
Martin Looi muncul dengan album terbaharunya berjudul Velvet Alibi yang menemui pendengar pada 25 Mac lalu.
Pemain biola, komposer dan penerbit muzik tanah air, Martin Looi muncul dengan album terbaharunya berjudul Velvet Alibi yang menemui pendengar pada 25 Mac lalu.
Album yang mengandungi lapan trek itu menandakan fasa evolusi artistik baharu buat Martin, menampilkan pendekatan lebih gelap dan sinematik berbanding karya-karya terdahulunya yang cenderung ke arah bunyi pop yang cerah dan mudah dihadam.
Selain karya asli, Velvet Alibi turut memuatkan interpretasi moden beberapa lagu ikonik termasuk Standing In The Eyes Of The World nyanyian Ella, Golden daripada filem animasi Netflix 2025, K‑Pop: Demon Hunters serta Running Up That Hill (A Deal with God) oleh Kate Bush.
Bagaimanapun, Martin menegaskan, album ini bukan sekadar himpunan olahan semula, sebaliknya, sebuah karya asli yang meletakkan biola sebagai teras utama dalam landskap bunyi yang lebih mendalam, misteri dan berlapis.
“Album ini adalah tentang keluar daripada zon selesa saya. Saya mahu meneroka sejauh mana biola boleh dibawa apabila digabungkan dengan elemen sinematik yang lebih kasar, dan mencari keindahan dalam sisi bunyi yang lebih gelap,” katanya dalam kenyataan media.
Martin menggambarkan konsep album ini sebagai “Refined Mystery”, satu keseimbangan di antara keanggunan berinspirasikan fesyen tinggi dan emosi yang mendalam menerusi tekstur bunyi yang malap, atmosferik serta penuh nuansa sinematik.
Berasaskan gaya instrumental kontemporari, Velvet Alibi menggabungkan teknik klasik biola dengan elemen dark pop, menghasilkan pengalaman bunyi yang sofistikated dan imersif.
Pendekatan ini turut memperkukuh identiti Martin sebagai pemuzik yang berani mencabar persepsi tradisional terhadap instrumen klasik.
Aspek kolaborasi turut memainkan peranan penting dalam pembikinan album ini.
Martin bekerjasama rapat dengan adiknya yang juga penerbit, Lav, bagi membina dunia sonik yang bersifat intim namun luas.
Projek ini turut melalui proses mastering oleh pasukan profesional di Studios 301, memberikan sentuhan kemasan bertaraf antarabangsa.
Menerusi Velvet Alibi, Martin bukan sahaja mengangkat semula lagu-lagu dikenali ramai dalam bentuk instrumental moden, malah mengukuhkan kedudukannya dalam gelombang baharu artis yang mentakrif semula muzik instrumental kontemporari.
Mengenai Martin Looi
Martin merupakan pemain biola, komposer dan penerbit yang dikenali kerana keberaniannya menolak sempadan muzik instrumental moden.
Mendapat latihan klasik sejak usia muda, dia membina asas teknikal kukuh yang menjadi tulang belakang kepada bunyi unik dan pelbagai genre yang dibawanya hari ini.
Dengan menggabungkan elemen hip‑hop, R&B, pop dan muzik elektronik, Martin berjaya mengolah biola sebagai instrumen utama moden, bukan sekadar suara orkestra tradisional.
Lulusan dalam bidang persembahan dan kejuruteraan audio, Martin memiliki kelebihan dari sudut muzik dan produksi.
Pendekatan ini jelas dalam karya-karya awalnya termasuk EP debut Sugary, yang menampilkan susunan biola kompleks digabungkan dengan ritma dan tekstur kontemporari.
Di luar studio, Martin juga dikenali sebagai penghibur pentas yang bertenaga, pernah membuat persembahan di acara berskala besar, pameran korporat serta pentas antarabangsa, dengan pengiktirafan terhadap ketepatan teknikal dan kehadiran pentas yang meyakinkan.
Dengan setiap pelancaran baharu, Martin terus mencabar jangkaan terhadap peranan biola dalam muzik moden, sekali gus meletakkannya sebagai antara figura penting dalam landskap muzik instrumental generasi baharu.
Topic Berkaitan
#Martin Looi
#pemain biola
#Velvet Alibi
#evolusi artistik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan