awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemansuhan tol akan beri impak ke atas RM53 bilion sukuk, bon jalan tol - RAM

Bernama
Bernama
18/05/2018
09:29 MYT
Pemansuhan tol akan beri impak ke atas RM53 bilion sukuk, bon jalan tol - RAM
RAM berkata, bon dan sukuk sektor jalan bertol sebahagian besarnya dimiliki pelabur institusi tempatan dan dana pencen berkaitan kerajaan. - Gambar fail
RAM Ratings (RAM) menjangkakan terbitan bon dan sukuk oleh pemegang konsesi jalan bertol akan terjejas oleh cadangan pemansuhan tol di lebuh raya bertol.
Agensi penarafan itu berkata walaupun kerajaan menyatakan ia akan mengekalkan terma konsesi dalam melaksanakan cadangan itu, syarat-syarat penyelesaian sekiranya berlaku pengambilalihan, berbeza dalam setiap perjanjian konsesi.
"Sementara menunggu maklumat lanjut, kami percaya kerajaan akan mengimbangi rancangannya terdapat sebarang implikasi ke atas pasaran bon," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sektor jalan bertol merupakan antara sektor paling awal dan terbesar di Malaysia yang meneroka pasaran modal hutang. Sehingga 15 Mei, 2018, sektor itu melibatkan 23 penerbit, dengan RM52.83 bilion bon dan sukuk (tidak termasuk saham pinjaman) terkumpul (RM39.79 bilion yang diberikan penarafan).
RAM berkata bon dan sukuk sektor jalan bertol sebahagian besarnya dimiliki pelabur institusi tempatan dan dana pencen berkaitan kerajaan.
"Pemadanan aliran tunai merupakan pemacu utama penarafan bagi syarikat konsesi jalan bertol. Memandangkan istilah konsesi tidak seragam di seluruh sektor, penarafan terbitan bagi setiap jalan tol akan dinilai mengikut kes.
"Penarafan itu juga akan dibuat dengan penekanan pada masa dan jumlah pembayaran akhir daripada kerajaan, dengan tanggungan terhadap obligasi kewangan pemegang konsesi," kata Ketua Infrastruktur dan Komersial RAM Chong Van Nee.
RAM berkata jika tarif tidak dilaksanakan mengikut jadual kadar tol dalam perjanjian konsesi, kerajaan diwajibkan membayar ganti rugi kepada pemegang konsesi, seperti yang telah berlaku pada masa lalu.
"Kerajaan sebelumnya memperuntukkan RM448 juta dalam Belanjawan 2018 untuk pampasan kepada pemegang konsesi tol," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jalan bertol
#lebuh raya
#Pemansuhan tol
#pemegang konsesi
#plaza tol
#RAM Ratings
#Sukuk
#terbitan bon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan