awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua pengarah, pengarah jabatan kerajaan seleweng dana RM900,000 ditahan SPRM
Taufan Tropika Gezani landa Madagascar, sembilan maut
Dua juruterbang maut selepas pesawat ditembak ketika mendarat di Papua, Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penerbangan terus Shanghai-P.Pinang rangsang industri perniagaan, pelancongan negeri

Bernama
Bernama
19/03/2024
23:50 MYT
Penerbangan terus Shanghai-P.Pinang rangsang industri perniagaan, pelancongan negeri
Selain meningkatkan sektor hospitaliti Pulau Pinang, penerbangan baharu Juneyao Airlines akan menawarkan peluang dari segi pertukaran silang budaya, mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara Malaysia dan China. - Facebook Juneyao Air
GEORGE TOWN: Perkhidmatan penerbangan terus yang pertama dari Shanghai, China ke Pulau Pinang, mulai 31 Mei ini akan merangsang kemajuan industri perniagaan dan pelancongan Pulau Pinang selain mencerminkan hubungan yang semakin berkembang antara China dan Malaysia.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif negeri Wong Hon Wai berkata, Juneyao Airlines yang berpangkalan di Shanghai menawarkan empat penerbangan setiap minggu antara kedua-dua bandar berkenaan.
Katanya perkembangan ini sekali gus dijangka mendorong sinergi ekonomi antara kedua-dua negara, memudahkan perdagangan, pelaburan dan kerjasama yang lancar merentas pelbagai sektor.
"Penerbangan terus Shanghai-Pulau Pinang akan menambah baik kemudahan penumpang yang melakukan perjalanan antara kedua-dua bandar ini, terutamanya bagi memenuhi keperluan eksekutif perniagaan yang mengutamakan kecekapan dalam aturan perjalanan mereka.
"Laluan Shanghai-Pulau Pinang akan memenuhi permintaan daripada pengembara di wilayah Utara China. Dengan kemudahan sambungan udara secara terus, Pulau Pinang bersedia untuk menarik kemasukan pelancong yang lebih besar dari Shanghai dan wilayah Utara China," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Wong berkata selain meningkatkan sektor hospitaliti Pulau Pinang, penerbangan baharu itu akan menawarkan peluang dari segi pertukaran silang budaya, mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara Malaysia dan China.
Menurutnya setakat ini Pulau Pinang mempunyai sambungan penerbangan terus ke 15 bandar antarabangsa, termasuk Guangzhou, Xiamen, Hong Kong, Dubai, Singapura, Bangkok, Phuket, Medan, Jakarta, Surabaya, Banda Aceh, Taipei, Ho Chi Minh City, Doha dan Haikou.
Mengenai kekerapan penerbangan, beliau berkata jumlah penerbangan antarabangsa mingguan pada Februari 2024 mencapai 303, melebihi 204 penerbangan dalam tempoh sama pada 2023.
"Oleh itu, jumlah ketibaan antarabangsa pada Februari 2024 merekodkan 148,349 penumpang, manakala jumlah ketibaan antarabangsa pada Januari 2024 sebanyak 145,391 penumpang, menunjukkan pertumbuhan 29.11 peratus berbanding Januari 2023, yang merekodkan 112,612 penumpang," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penerbangan terus Shanghai-Pulau Pinang
#China
#pulau pinang
#Juneyao Airlines
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan