awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peniaga dinasihat kemukakan Borang B sebelum 15 Julai

Bernama
Bernama
12/07/2017
03:25 MYT
Peniaga dinasihat kemukakan Borang B sebelum 15 Julai
Peniaga perlu hantar Borang B sebelum 15 Julai bagi mengelakkan penalti lewat hantar Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP).
Pembayar cukai individu yang mempunyai pendapatan daripada perniagaan dinasihatkan untuk mengemukakan Borang B Tahun Taksiran 2016 kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebelum 15 Julai bagi mengelakkan penalti lewat hantar Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP).
LHDN dalam kenyataan pada Selasa menjelaskan menurut subseksyen 112(3) Akta Cukai Pendapatan 1967, kegagalan mengemukakan BNCP dalam tempoh yang dibenarkan boleh menyebabkan individu tersebut dikenakan penalti sehingga tiga kali ganda daripada amaun cukai yang ditaksirkan.
Menurut kenyataan itu, tarikh akhir mengemukakan borang tersebut ialah pada 30 Jun, namun LHDN memberi tambahan masa sehingga 15 Julai ini untuk pembayar cukai mengemukakan borang tersebut melalui kaedah e-filing.
"Ini bermakna mereka mempunyai kira-kira lima hari sahaja lagi untuk mengemukakan Borang B dan seterusnya menjelaskan semua bayaran cukai pendapatan Tahun Taksiran 2016 yang dikenakan," menurut kenyataan itu.
Sehingga 30 Jun lepas, LHDN menerima sebanyak 336,382 Borang B Tahun Taksiran 2016 berbanding hanya 334,572 dalam tempoh sama tahun lepas, sekali gus menunjukkan peningkatan penerimaan borang tersebut sebanyak 0.54 peratus.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cukai
#LHDN
#peniaga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan