awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
16 cedera tembakan di sekolah di Turkiye
Menteri kabinet zahir ucapan Hari Vishu, seru hidupkan semangat kejiranan
Bintang muay thai dunia, Rodtang berdepan saman dari ONE Championship
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penumpang AirAsia, AirAsia X disaran tiba awal di lapangan terbang

Astro Awani
Astro Awani
12/07/2015
11:04 MYT
Penumpang AirAsia, AirAsia X disaran tiba awal di lapangan terbang
Penumpang digalakkan menggunakan perkhidmatan pemeriksaan masuk sendiri dan tiba awal di lapangan terbang bagi mengelak kesesakan. - Foto AFP
Penumpang yang bakal terbang dengan AirAsia dan AirAsia X sepanjang tempoh Aidilfitri ini digalakkan menggunakan perkhidmatan pemeriksaan masuk sendiri dan tiba awal di lapangan terbang.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan kedua-dua syarikat berkenaan, tindakan itu bagi melancarkan urusan di lapangan terbang serta mengelak daripada kesesakan sepanjang tempoh perayaan itu.
"Penumpang disarankan tiba ke lapangan terbang sekurang-kurangnya tiga jam awal untuk penerbangan AirAsia manakala bagi penerbangan AirAsia X, penumpang disaran tiba empat jam lebih awal sebelum masa pelepasan ditetapkan," jelas kenyataan itu.
Pengguna juga disaran menggunakan perkhidmatan laman web, platform mudah alih atau buat pemeriksaan masuk sendiri bagi memudahkan perjalanan.
"Selain itu, penumpang juga digalakkan mencetak pas masuk masing-masing sebelum tiba di lapangan terbang," ujar kenyataan itu lagi.
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#AirAsia
#Airasia X
#balik kampung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan