awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bunuh ibu tunggal:  Reman 3 suspek disambung
[KOLUMNIS] Membina daya tahan jiwa generasi digital
Hamzah di Australia, tak hadir prosiding Lembaga Disiplin Bersatu esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Permodalan pasaran Bursa Malaysia, FBM KLCI capai satu lagi paras tertinggi

Bernama
Bernama
21/05/2024
10:50 MYT
Permodalan pasaran Bursa Malaysia, FBM KLCI capai satu lagi paras tertinggi
Aliran meningkat Bursa Malaysia berterusan, mengakhiri dagangan semalam dengan permodalan pasaran berjumlah RM2.06 trilion apabila melonjak kepada paras tertinggi dalam tempoh tiga tahun. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Permodalan pasaran keseluruhan Bursa Malaysia dan dagangan indeks barometer mencapai satu lagi paras tertinggi setakat ini bagi tahun ini, dipacu keyakinan yang wujud susulan prestasi ekonomi domestik yang lebih baik daripada jangkaan bagi suku pertama.
Menerusi catatan di X, bursa tempatan menjelaskan bacaan Indeks Harga Pengguna (IHP) di Amerika Syarikat (AS) yang menurun juga menyumbang kepada lonjakan pasaran tempatan.
Permodalan pasaran ekuiti domestik mencecah RM2 trilion pada 7 Mei, apabila FBM KLCI melepasi paras 1,600.
Aliran meningkat Bursa Malaysia berterusan, mengakhiri dagangan semalam dengan permodalan pasaran berjumlah RM2.06 trilion apabila melonjak kepada paras tertinggi dalam tempoh tiga tahun.
Prestasi itu sejajar dengan 14 daripada 20 pasaran saham terbesar dunia yang mencecah paras tertinggi baru-baru ini seperti yang dilaporkan Bloomberg.
Pada penutup dagangan Isnin, indeks utama itu meningkat 10.88 mata kepada 1,627.50 daripada 1,616.62 ketika ditutup pada Isnin.
Pada Jumaat, Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Abdul Rasheed Ghaffour mengumumkan ekonomi Malaysia berkembang pada kadar lebih tinggi iaitu 4.2 peratus bagi suku pertama 2024 sekali gus mengatasi jangkaan konsensus.
Sebelum ini, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) memaklumkan jangkaan yang dibuat lebih awal adalah pertumbuhan pada 3.9 peratus bagi suku pertama 2024, manakala unjuran median dalam tinjauan Bloomberg ialah 4.0 peratus.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pasaran saham
#Bursa Malaysia
#paras tertinggi
#fbm klci
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan