awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS rancang hantar ribuan tentera tambahan ke Asia Barat
Jangan biar Israel sabotaj gencatan senjata, rundingan damai AS–Iran perlu diteruskan - Erdogan
Harga diesel, RON97, RON95 turun mulai Khamis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perolehan Facebook melonjak sebanyak 60%

Astro Awani
Astro Awani
30/10/2013
23:39 MYT
Perolehan Facebook melonjak sebanyak 60%
Facebook, syarikat rangkaian sosial gergasi melaporkan lonjakan perolehan sebanyak 60 peratus kepada lebih $2 bilion dolar dalam suku ketiga.
Dalam tempoh itu, ia turut menjana keuntungan sebanyak $425 juta.
Hasil daripada pengiklanan membantu Facebook meningkatkan hasilnya pada suku ketiga sebanyak 66 peratus kepada $1.8 bilion dolar.
Hampir separuh daripada hasil itu dijana daripada pengiklanan mudah alihya.
Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg dalam satu kenyataan berkata, prestasi kewangan yang memberangsangkan itu menandakan syarikat telah bersedia untuk fasa pengembangan yang seterusnya.
Sejurus pengumuman kewangan itu, harga saham syarikat melonjak hampir 15 peratus.
Harga saham syarikat itu telah meningkat hampir dua kali ganda sejak Julai lalu.
Ini apabila ia buat pertama kalinya mengumumkan peningkatan luar biasa dalam perolehan pengiklanan mudah alihnya.
Facebook memaklumkan lebih satu bilion pengguna aktifnya mengakses Facebook menerusi telefon pintar.
Facebook kini bersaing dengan aplikasi mudah alih lain antaranya Google dan Apple bagi meraih pendapatan menerusi iklan.
Topic Berkaitan
#Facebook
#keuntungan
#Mark Zuckerberg
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan