awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
Lima realiti ekonomi Malaysia yang sering diabaikan menurut Bank Dunia
Mekanisme SPENT beri peluang kedua bekas banduan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar terima kunjungan pengasas bersama Grab, bincang potensi pelaburan di Malaysia

Bernama
Bernama
28/02/2024
11:29 MYT
PM Anwar terima kunjungan pengasas bersama Grab, bincang potensi pelaburan di Malaysia
Anwar berkata semasa pertemuan tersebut, beliau telah dibentangkan mengenai potensi pelaburan oleh Grab di Malaysia. - Foto FB Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat Pengasas Bersama Ketua Pegawai Eksekutif Grab Holdings Inc, Anthony Tan.
Anwar berkata semasa pertemuan tersebut, beliau telah dibentangkan mengenai potensi pelaburan oleh Grab di Malaysia.
"Ini terkait dengan perniagaan seperti Grab dan Jaya Grocer.
"Selain itu, pengoperasian GX Bank (di Malaysia) dijangka melibatkan pelaburan sebanyak RM1.5 bilion untuk tempoh lima tahun akan datang," kata Anwar menerusi hantaran di laman sosial Facebook beliau, hari ini
GX Bank Bhd merupakan bank digital di Malaysia yang dibentuk menerusi usaha sama antara Grab Holdings Ltd dan Singapore Telecommunications Ltd (Singtel).
Selain itu, kata beliau, pertemuan tersebut turut membincangkan bagaimana Grab dapat berkembang dengan model perniagaan yang dapat membantu masyarakat dan perniagaan Malaysia meningkatkan peluang menjana pendapatan.
"Semoga kecekalan saudara Anthony akan menjadi pendorong kepada anak-anak Malaysia lain terutamanya yang berminat menceburi bidang keusahawan teknologi," kata Anwar.
Tan merupakan usahawan kelahiran Malaysia yang berjaya mengasaskan syarikat teknologi yang disenaraikan di Bursa Saham Nasdaq, Amerika Syarikat.
Grab kini mempunyai modal pasaran sebanyak AS$12.34 bilion (1AS=RM4.75).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#grab
#Pengasas Bersama
#Anthony Tan
#pelaburan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan