awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Johor komited laksana agenda pembangunan secara berfokus
Ketua pengarah, pengarah jabatan kerajaan seleweng dana RM900,000 ditahan SPRM
Sekuel 'F1' Brad Pitt sah dalam pembikinan — Jerry Bruckheimer
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Projek Bandar Malaysia dapat sambutan firma tempatan, asing

Bernama
Bernama
13/07/2015
23:51 MYT
Projek Bandar Malaysia dapat sambutan firma tempatan, asing
Bandar Malaysia, yang terletak tiga kilometer dari Tun Razak Exchange, dihasratkan sebagai antara bandar yang paling inovatif di negara ini.
Projek Bandar Malaysia ternyata mendapat sambutan syarikat tempatan serta penggiat antarabangsa yang amat berminat untuk menyertainya, kata CH Williams Talhar dan Wong (WTW).
Malah, WTW yang juga penasihat transaksi bagi permohonan cadangan Bandar Malaysia berkata, setakat ini kira-kira 40 pihak, termasuk konsortium telah menjawab pelawaan menerusi penyataan minat (EOI) yang berakhir pada 10 Julai lepas.
Dalam satu kenyataan pada Isnin, ia berkata antara pelabur yang berminat adalah syarikat berkaitan kerajaan (GLC), pemaju terkemuka Malaysia, jenama hartanah berkelas dunia serta perbadanan pelaburan asing.
"Selain Malaysia, pelabur yang berminat itu datangnya dari Singapura, China, Jepun, Korea dan Australia," kata WTW.
Minggu lepas, 1MDB Real Estate Sdn Bhd yang juga pemaju induk projek berkenaan, mengumumkan hasratnya mendapatkan rakan pemaju untuk menyertai projek berkeluasan 196.67 hektar di Sungai Besi, Kuala Lumpur.
Susulan fasa EOI, WTW akan mengendalikan tahap pertama penilaian itu.
"Pelabur berkelayakan yang disenarai pendek akan menerima memorandum pelaburan yang akan memperincikan visi pembangunan Bandar Malaysia serta cadangan pelan induknya," katanya.
Bandar Malaysia adalah pembangunan bandar bercampur-campur yang dijangka menjadi pemangkin bagi transformasi Greater Kuala Lumpur.
Bersandarkan kedudukan strategiknya dalam lingkungan tujuh kilometer dari pusat bandar Kuala Lumpur, pembangunan itu akan menjadi gerbang bagi perkhidmatan rel berkelajuan tinggi ke Singapura serta hab pengangkutan di bandar raya menerusi Laluan MRT 2 dan 3, perkhidmatan ERL, Komuter KTM dan rangkaian lebuh raya utama pada masa depan.
Topic Berkaitan
#bandar malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan