awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Johor komited laksana agenda pembangunan secara berfokus
Ketua pengarah, pengarah jabatan kerajaan seleweng dana RM900,000 ditahan SPRM
Sekuel 'F1' Brad Pitt sah dalam pembikinan — Jerry Bruckheimer
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pagi ini

Bernama
Bernama
25/10/2021
02:43 MYT
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pagi ini
Pada 9.01 pagi, unit tempatan disebut harga pada 4.1505/1540 berbanding dolar.
KUALA LUMPUR: Dagangan ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada pagi urus niaga Isnin dengan para pelabur tidak memasuki pasaran terutama menjelang pembentangan Bajet 2022 pada 29 Okt ini, kata seorang peniaga.
Pada 9.01 pagi, unit tempatan disebut harga pada 4.1505/1540 berbanding dolar daripada 4.1490/1520 semasa penutupan urus niaga Jumaat lepas.
Beliau berkata para pelabur menantikan dengan penuh sabar pengumuman belanjawan Jumaat ini kerana ia akan menunjukkan hala tuju pentadbiran baharu.
"Ringgit dijangka diniagakan tinggi dan menguji paras 4.13 menjelang pengumuman belanjawan," katanya kepada Bernama.
Berbanding mata wang utama yang lain, ringgit bergerak bercampur-campur.
Unit tempatan itu lebih tinggi berbanding dolar Singapura kepada 3.0808/0839 daripada 3.0825/0849 Jumaat lepas dan mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.7173/7221 daripada 5.7269/7310 sebelumnya.
Bagaimanapun, ringgit lemah berbanding yen Jepun kepada 3.6507/6541 daripada 3.6436/6466 dan rendah berbanding euro kepada 4.8333/8373 daripada 4.8307/8342.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ringgit
#dolar AS
#mata wang asing
#dagangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan