awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MHS sedia kerjasama dengan kerajaan urus rumah ibadat Hindu secara sah
PETRONAS peroleh PSC bagi kluster permata di luar pantai Sabah
Jawatankuasa Gaza nanti mesyuarat Lembaga Keamanan sahkan komitmen dana bantuan, pembangunan semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit dijangka mengukuh kepada RM4 berbanding dolar AS menjelang akhir tahun - Gabenor BNM

Bernama
Bernama
13/10/2025
13:55 MYT
Ringgit dijangka mengukuh kepada RM4 berbanding dolar AS menjelang akhir tahun - Gabenor BNM
Ringgit dijangka mengukuh kepada RM4 berbanding dolar AS menjelang akhir tahun ini dengan prospek ekonomi Malaysia yang cerah, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka mengukuh kepada RM4 berbanding dolar AS menjelang akhir tahun ini dengan prospek ekonomi Malaysia yang cerah, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.
"Sasaran ini mungkin boleh (dicapai) menerusi prospek ekonomi yang cerah," katanya ketika ditanya mengenai potensi itu selepas pelancaran Forum Kewangan Islam Global (GIFF) 2025 yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini hari ini.
Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan baru-baru ini dilaporkan berkata ringgit dijangka terus mencatat kenaikan berikutan perbelanjaan domestik yang kukuh serta langkah fiskal berhemat kerajaan yang membantu meredakan impak tarif Amerika Syarikat (AS).
Amir Hamzah berkata mata wang tempatan itu mungkin mengukuh "bawah sedikit" RM4 berbanding dolar AS dalam tempoh 12 bulan akan datang.
Menurut Kementerian Kewangan dalam Tinjauan Ekonomi 2026 yang dikeluarkan baru-baru ini, ringgit mengukuh kepada RM4.2253 atau meningkat 5.8 peratus berbanding dolar AS bermula awal tahun ini hingga akhir Ogos 2025.
Menurut laporan itu, ringgit turut meningkat berbanding beberapa mata wang Asia seperti rupiah Indonesia (8.2 peratus), peso Filipina (4.3 peratus) dan renminbi China (3.4 peratus) sekali gus mengekalkan kedudukan antara mata wang berprestasi terbaik di rantau ini.
Pada 6 petang, mata wang tempatan menyusut kepada 4.2265/2295 berbanding dolar AS daripada 4.2200/2260 semasa ditutup pada Jumaat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ringgit
#dijangka mengukuh
#dolar AS
#Gabenor BNM Abdul Rasheed Ghaffour
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan