awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM kerjasama SFO UK siasat transaksi RM2.5 bilion IJM Corp - Azam Baki
Budak lelaki ditahan selepas dua murid ditikam di sebuah sekolah di London
Johor komited laksana agenda pembangunan secara berfokus
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS

Bernama
Bernama
26/12/2018
10:47 MYT
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, unit tempatan diniagakan pada 4.1750/1790 berbanding dolar AS daripada 4.1830/1860 pada Isnin.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari ini berikutan minat belian baharu terhadap unit tempatan itu ditengah-tengah situasi penutupan sebahagian daripada operasi kerajaan Amerika Syarikat, kata seorang peniaga.
Pada 6 petang, unit tempatan diniagakan pada 4.1750/1790 berbanding dolar AS daripada 4.1830/1860 pada Isnin.
Pasaran ditutup pada Selasa sempena cuti umum menyambut Hari Natal.
Di pasaran tempatan, Ketua Dagangan Asia Pasifik OANDA Stephen Innes berkata ringgit tidak dijangka mencatatkan sebarang kemajuan ketara menuju ke Tahun Baru kerana sentimen risiko masih kekal lemah.
"Ini disebabkan oleh dagangan harga minyak yang rendah dan pasaran masih bimbang dengan pertumbuhan global yang mencetuskan penjualan besar-besaran ekuiti global," katanya.
Ringgit juga diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama lain.
Unit tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0441/0486 daripada 3.0451/0484 pada Isnin dan naik berbanding yen Jepun kepada 3.7755/7802 daripada 3.7651/7681 sebelumnya.
Ringgit susut berbanding pound Britain kepada 5.2981/3040 daripada 5.2907/2957 pada Isnin dan meningkat berbanding euro kepada 4.7528/7578 daripada 4.7661/7704.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#AS
#Britain
#harga minyak
#peniaga
#ringgit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan