awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Budak lelaki ditahan selepas dua murid ditikam di sebuah sekolah di London
Johor komited laksana agenda pembangunan secara berfokus
Suspek serangan sekolah Thailand ditembak mati selepas bunuh pengetua dan tawan murid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit meningkat semula, dibuka tinggi berbanding dolar AS

Bernama
Bernama
29/10/2024
02:00 MYT
Ringgit meningkat semula, dibuka tinggi berbanding dolar AS
Mohd Afzanizam menjangkakan ringgit kekal lemah berbanding dolar AS, didorong oleh peristiwa luar. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Ringgit meningkat semula untuk dibuka tinggi sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa, walaupun wujud sentimen berhati-hati menjelang pilihan raya presiden AS dan mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Rizab Persekutuan (FOMC) minggu depan.
Pada pukul 8.03 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.3580/3645 berbanding dolar AS daripada 4.3605/3640 ketika ditutup semalam.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Dolar AS (DXY) kekal tinggi pada 104.316 mata kerana pasaran menunggu keputusan daripada kedua-dua peristiwa itu minggu depan.
Pilihan raya presiden AS dijadualkan pada 5 Nov, 2024 manakala mesyuarat FOMC akan berlangsung pada 6 hingga 7 Nov, 2024.
"Kita semua boleh bersetuju bahawa ekonomi AS masih berdaya tahan berbanding rakannya daripada kalangan G7, membolehkan Rizab Persekutuan AS mengambil masa untuk melonggarkan dasar monetari.
"Dalam konteks ini, pelabur berkemungkinan cenderung kepada dolar AS susulan keadaan ketidaktentuan yang ketara," katanya kepada Bernama.
Mohd Afzanizam berkata kesungguhan dalam pilihan raya presiden AS akan terus menguasai sentimen pasaran, manakala petunjuk ekonomi seperti pembayaran gaji bukan ladang (NFP) dan kadar pengangguran tidak diberikan banyak perhatian oleh pelabur.
Beliau menjangkakan ringgit kekal lemah berbanding dolar AS, didorong oleh peristiwa luar.
Ringgit mengukuh berbanding beberapa mata wang utama pagi ini.
Unit tempatan meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.8471/8515 daripada 2.8521/8545 ketika ditutup pada Isnin, dan naik berbanding pound British kepada 5.6549/6634 daripada 5.6564/6610.
Ringgit lebih stabil berbanding euro kepada 4.7145/7215 daripada 4.7159/7197.
Sementara itu, ringgit didagangkan bercampur-campur berbanding mata wang negara ASEAN.
Mata wang domestik meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2955/3007 daripada 3.2979/3008 semalam, dan naik berbanding rupiah Indonesia kepada 277.1/277.6 daripada 277.2/277.6.
Bagaimanapun, ringgit kekal tidak berubah berbanding peso Filipina pada 7.48/7.49, dan susut berbanding baht Thailand kepada 12.9015/12.9303 daripada 12.8780/8933 semalam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ringgit
#dolar AS
#Pilihan Raya Presiden AS
#Mohd Afzanizam Abdul Rashid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan