awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
Syarikat perlombongan Kanada sahkan pekerja diculik ditemui mati di Mexico
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rizab antarabangsa Malaysia berjumlah AS$114.3 bilion pada 29 Feb 2024

Bernama
Bernama
07/03/2024
09:24 MYT
Rizab antarabangsa Malaysia berjumlah AS$114.3 bilion pada 29 Feb 2024
Paras rizab itu memadai untuk membiayai 5.4 bulan import barangan dan perkhidmatan dan satu kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Malaysia berjumlah AS$114.3 bilion pada 29 Feb, 2024.
Bank pusat dalam satu kenyataan hari ini berkata paras rizab itu memadai untuk membiayai 5.4 bulan import barangan dan perkhidmatan dan satu kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.
Komponen utama rizab antarabangsa meliputi rizab mata wang asing berjumlah AS$101.8 bilion, diikuti paras rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.4 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (AS$5.8 bilion), emas (AS$2.6 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.7 bilion).
Jumlah aset berjumlah RM629.17 bilion, terdiri daripada emas dan pertukaran asing dan rizab lain, termasuk SDR (RM524.44 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM13.0 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM2.41 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM24.51 bilion), tanah dan bangunan (RM4.13 bilion) dan aset-aset lain (RM60.68 bilion).
BNM berkata modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM187.42 bilion), mata wang dalam edaran (RM167.37 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM169.45 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM4.2 bilion), deposit lain (RM39.65 bilion), kertas Bank Negara (RM27.47 bilion), peruntukan SDR (RM29.74 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM3.75 bilion).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rizab antarabangsa
#Malaysia
#Bank Negara Malaysia
#Aset Rizab
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan