awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sagar Sanjay dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif MAG Catering Operations

Bernama
Bernama
01/10/2024
04:54 MYT
Sagar Sanjay dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif MAG Catering Operations
Sagar akan bertanggungjawab dalam mengawasi hala tuju strategik dan pengurusan operasi bagi memastikan pertumbuhan berterusan MCAT. - Bernama
KUALA LUMPUR: Malaysia Aviation Group (MAG) melantik Sagar Sanjay Dighe sebagai Ketua Pegawai Eksekutif MAG Catering Operations (MCAT) berkuat kuasa 1 Nov, 2024.
Dalam satu kenyataan, Sagar akan bertanggungjawab dalam mengawasi hala tuju strategik dan pengurusan operasi bagi memastikan pertumbuhan berterusan MCAT ketika syarikat penerbangan itu mengukuhkan perniagaan bukan penerbangannya.
"Ketika kami mempelbagaikan perniagaan dan mengukuhkan operasi teras, kami terus komited untuk melabur dalam kakitangan, infrastruktur dan teknologi kami untuk memupuk pertumbuhan yang berterusan.
"Aspirasi kami adalah mengukuhkan portfolio bukan syarikat penerbangan kami untuk menyumbang 30 peratus daripada pendapatan teratas kami menjelang 2027, memantapkan kedudukan kami sebagai kumpulan perkhidmatan pengembaraan dan penerbangan terkemuka di Asia," kata Pengarah Urusan kumpulan MAG, Datuk Kapten Izham Ismail.
Sejak penubuhannya pada September 2023, MCAT beralih daripada pusat pengedaran makanan dan minuman sementara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kepada entiti kendiri yang dinamik untuk memacu pertumbuhan dan kualiti perkhidmatan.
Pada Jun 2024, ia mengembangkan operasinya daripada hanya 36,000 kaki persegi kepada 70,900 kaki persegi, yang meningkatkan kapasiti dan kecekapan operasinya, sambil mengekalkan standard tertinggi dalam keselamatan makanan dan kepuasan pelanggan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia Aviation Group
#Sagar Sanjay Dighe
#pelantikan
#MAG Catering Operations
#Ketua Pegawai Eksekutif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan