awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua juruterbang maut selepas pesawat ditembak ketika mendarat di Papua, Indonesia
[TERKINI] “Saya tidak mempunyai sebarang pegangan saham lagi” – Azam Baki
[TERKINI] Isu pemilikan saham: Azam Baki akan hantar surat tuntutan kepada Bloomberg esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sapura Energy Mexicana diisytihar muflis oleh Mahkamah Insolvensi Mexico City

Dagang News
Dagang News
02/03/2024
01:15 MYT
Sapura Energy Mexicana diisytihar muflis oleh Mahkamah Insolvensi Mexico City
Sapura Energy Mexicana atau SEM sedang menyediakan rayuan terhadap Pengisytiharan Kebankrapan, menekankan penolakan yang tidak wajar oleh Mahkamah terhadap permintaan lanjutan fasa perdamaian. - Gambar hiasan/DagangNews
KUALA LUMPUR: Sapura Energy Mexicana Sociedad Anónima Promotora de Inversión de Capital Variable (Sapura Energy Mexicana), anak syarikat milik penuh Sapura Offshore Sdn Bhd dan SapuraMex Pte Ltd diisytiharkan muflis oleh mahkamah Mexico.
Perkara itu dinyatakan Sapura Energy Berhad dalam pemakluman kepada Bursa Malaysia semalam berhubung keputusan Mahkamah Insolvensi Mexico City itu.
Sapura Offshore dan SapuraMex kedua-duanya merupakan anak syarikat milik penuh Sapura Energy Berhad.
"Susulan Pengisytiharan Kebankrapan oleh mahkamah Mexico itu, Victor Hugo de la Cruz Caballero telah dilantik sebagai pelikuidasi Sapura Energy Mexicana berkuat kuasa 29 Februari 2024," kata Sapura Energy.
Pemberitahuan Pengisytiharan Kebankrapan itu telah berkuat kuasa mulai 23 Februari 2024.
Menurut pemakluman kepada Bursa Malaysia, Sapura Energy Mexicana bukanlah anak syarikat utama Syarikat seperti yang ditakrifkan di bawah Bab 1 Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama.
Justeru, kata Sapura Energy, tiada kesan kewangan dan operasi material serta-merta ke atas Kumpulan Sapura Energy Berhad yang timbul daripada penggulungan Sapura Energy Mexicana.
"Sapura Energy tidak menjangkakan sebarang kerugian material dan/atau ketara daripada penggulungan Sapura Energy Mexicana yang pada masa ini tidak memiliki sebarang aset, menjalankan operasi atau terlibat dalam projek yang sedang dijalankan di Mexico," katanya.
Menurut Sapura Energy, Victor Hugo de la Cruz Caballero telah dilantik sebagai pelikuidasi Sapura Energy Mexicana oleh Institut Khas Persekutuan untuk Pakar Insolvensi yang akan menyelia kerjanya bersama-sama dengan Mahkamah Kebankrapan.
"Berikutan percubaan Sapura Energy Mexicana untuk menstruktur semula hutangnya, had masa untuk penstrukturan semula telah berlalu, yang membawa kepada kemasukan automatik ke dalam muflis.
"Keputusan untuk tidak melanjutkan tempoh penstrukturan semula sedang dicabar. Jika berjaya, pelikuidasi akan diganti dan proses penstrukturan semula akan bermula semula," kata Sapura Energy.
Sapura Energy Mexicana atau SEM sedang menyediakan rayuan terhadap Pengisytiharan Kebankrapan, menekankan penolakan yang tidak wajar oleh Mahkamah terhadap permintaan lanjutan fasa perdamaian.
"Selain itu, SEM menekankan bahawa perjanjian penstrukturan semula telah dicapai dan dimaklumkan kepada Mahkamah sebelum penghakiman kebankrapan dikeluarkan.
"Pada masa yang sama, memandangkan SEM telah mencapai persetujuan dengan majoriti pemiutangnya yang diperlukan, ia berhasrat untuk memfailkan semula perjanjian penstrukturan untuk memudahkan penstrukturan semula hutang SEM dan menarik balik Pengisytiharan Kebankrapan," ujar Sapura Energy Berhad.- DagangNews.com
Topic Berkaitan
#Sapura Energy Mexicana
#Sapura Energy
#muflis
#Mexico
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan